Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ahmad Bashah Ada Pilihan...

KUALA LUMPUR - Bakal Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah...

Perkeso Bantu Pulih Semangat...

KUANTAN - Program 'Return To Work' Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ibarat 'penyelamat' kepada...

Tingkat Keupayaan Anggota PDRM...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus memperkasakan keupayaan anggota dalam menguasai...

Bajet 2018 Bukti Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun...

TPM Hadir Majlis Perkahwinan Anak Perempuan MB Pahang

KUANTAN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa meraikan majlis perkahwinan anak perempuan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob di Dewan Jubli Perak, dekat sini hari ini.

Beliau yang berbaju batik tiba di dewan berkenaan pada pukul 1 tengah hari dari ibu negara selepas menghadiri ‘Perhimpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya’ di Stadium Titiwangsa, disambut oleh Adnan dan isteri Datin Seri Junaini Kassim.

Hadir sama di dewan berkenaan itu untuk menyambut Ahmad Zaid ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk, Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahmad Zahid, yang meluangkan masa kira-kita 90 minit turut melakukan upacara menepung tawar anak ketiga Adnan daripada empat beradik itu, Yang Aishah Adnan, 26 dan pasangannya Mohd Iliya Omar, 27.


Kedua-dua mereka bekerja sebagai pegawai Kementerian Luar (Wisma Putra).

Lebih 1,000 tetamu hadir pada majlis berkenaan termasuk ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan serta masyarakat setempat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori