Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wasiat RM5.4 Juta Untuk...

NEW YORK - Seorang wanita mewasiatkan kekayaannya yang dianggar berjumlah £1 juta (RM5.4 juta)...

1MDB: Najib Tarik Balik...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini...

Teknologi Inovasi Pertanian Aspirasi...

SERDANG - Penggunaan teknologi dan inovasi pertanian menyeluruh selain penghasilan benih dan tanaman...

Siasatan Hakim Nazlan: Permohonan...

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menetapkan 23 Jun ini untuk mendengar permohonan dua...

Tony Pua Gagal Dapat Kebenaran Merayu

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua gagal mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan hari ini untuk merayu terhadap perintah ketua pengarah Imigresen yang melarangnya ke luar negara.

Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Shariff, yang mempengerusikan panel tiga hakim, sebulat suara menolak permohonan kebenaran untuk merayu dikemukakan oleh Pua dengan alasan isu perundangan berhubung isu itu telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Loh Wai Kong.

Pada 1979, Loh menuntut perintah mahkamah bahawa warganegara Malaysia berhak melakukan perjalanan ke luar negara sebagai hak asasi di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan tetapi Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa tidak ada hak sedemikian.

Dua lagi hakim dalam panel tersebut terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Balia Yusof Wahi.

Pada 5 Julai lepas, Pua gagal dalam rayuannya selepas Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa ketua pengarah Imigresen diberi kuasa untuk mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap warganegara Malaysia tanpa perlu memberi sebarang alasan.

Mahkamah tersebut juga memutuskan kebebasan yang dijamin di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan tidak termasuk hak seseorang warganegara untuk membuat perjalanan ke luar negara.


Pada Julai tahun lepas, Mahkahamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Pua bagi membatalkan keputusan ketua pengarah Imigresen melarangnya ke luar negara.

Setiausaha Publisiti DAP itu mendakwa bahawa beliau dilarang menaiki pesawat ke Yoyakarta, Indonesia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 2 Julai 2015.

Pua diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo manakala ketua pengarah Imigresen dan kerajaan Malaysia diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan. – BERNAMA

Kategori