Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

8 Polis Maut Serangan...

KANDAHAR - Lapan polis maut dalam serangan terhadap tiga pos pemeriksaan di wilayah...

Polis siasat rakaman video...

BATU PAHAT: Polis Johor mengesahkan pihaknya kini menyiasat satu rakaman video ceramah parti...

Agong Terima Watikah 5...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Kerajaan Sentiasa Bersungguh-Sungguh Bantu...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan tetap bersungguh-sungguh dalam...

Tonjol Persamaan, Rai Kepelbagaian Suburkan Perpaduan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia supaya sentiasa menyuburkan semangat perpaduan dengan menonjolkan persamaan dan meraikan kepelbagaian yang ada.

Beliau turut mengajak rakyat bersama-sama memacu pembangunan negara berbekalkan perpaduan yang sedia terjalin selama ini.

“Bersamalah kita membina negara ini dengan sikap berlapang dada atas nama perpaduan, mengambil yang jernih dan meninggalkan segala kekeruhan,” katanya dalam Perutusan Perdana Menteri Sempena Maulidur Rasul 1436 Hijrah yang dimuat naik di laman web www.najibrazak.com hari ini.

Dalam meninggikan syiar Islam di Malaysia, Najib berkata umat Islam perlu menjadikan perjuangan memperteguhkan iman dan syariat Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW sebagai agenda utama dalam kehidupan seharian.

Di peringkat kerajaan, Najib berkata komitmen itu dibuktikan dengan pembangunan Indeks Syariah yang akan menjadi pengukur komitmen kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar yang berlandaskan prinsip, nilai dan sistem Islam merentasi pelbagai sektor.

“Inisiatif ini diharap menjadikan tadbir urus kerajaan lebih menghampiri amalan dan sunnah Rasulullah SAW dalam usaha kita mengisi tuntutan bagi menghidupkan syariat Islam itu sendiri.

“Natijahnya akan lahirlah negara dan masyarakatnya yang seimbang serta cemerlang dalam aspek kemajuan, penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang pada masa sama berakhlak mulia dan berjati diri unggul sebagai warga negara Malaysia,” kata Najib.


Beliau juga berharap usaha mengaplikasikan Islam dalam pentadbiran negara dapat membangunkan Malaysia yang lebih makmur dan diberkati.

“Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini terus membangkitkan keghairahan dan mengupayakan kita untuk mencontohi akhlak serta mengamalkan sunnah Baginda, agar berjaya di dunia dan di akhirat,” katanya.

Dalam pada itu, perdana menteri turut mengajak rakyat Malaysia menghiasi diri dengan sifat sabar dan reda khususnya dalam menghadapi banjir yang agak luar biasa.

Beliau berharap usaha yang dilakukan kerajaan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa yang terjejas dengan musibah itu.

“Dan pada masa yang sama kita terus bersolat hajat dan berdoa agar negara kita sentiasa di bawah kerahmatan Allah SWT,” kata Najib. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori