Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Teguran Tun M Tak...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhak untuk menegur...

Demi Dokumentari, Lelaki Relakan...

BAGAIMANA rasanya apabila diri ditelan dan kemudian berada di dalam perut ular? Itulah...

Korek Pasir Muara Sungai...

PUTRAJAYA - Aktiviti mengorek pasir di muara Sungai Puyu, Pasir Panjang, Seri Manjung,...

Shahidan Merungut Tak Dijemput...

Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim merungut dia tidak dipanggil turun ke padang semasa...

‘Tokey Arak’ Sembunyi Dalam Ladang

JAKARTA – Polis Indonesia berjaya menangkap suspek utama yang membuat arak beracun sebelum mengedarkannya ke seluruh negara mengakibatkan sekurang-kurangnya 100 orang mati, kata pihak berkuasa semalam.

Samsudin Simbolon ditangkap awal pagi semalam di ladang kelapa sawit di Sumatera sekali gus mengakhiri operasi memburu suspek utama tragedi arak beracun yang membunuh sekurang-kurangnya 50 orang di Jawa Barat.

“Kita akan membawanya ke Jakarta malam ini (semalam) dan kemudian ke Bandung,” kata Ketua Polis Jawa Barat, Agung Budi Maryoto yang memberitahu AFP.

Detik News melaporkan, suspek ditangkap ketika bersembunyi di ladang sawit selepas rumah mewah miliknya yang turut dijadikan kilang untuk membuat arak buatan sendiri diserbu polis.

Bagaimanapun, beberapa suspek lain dipercayai pekerja Samsudin berjaya melarikan diri dan diburu pihak berkuasa.

Tambahnya, suspek dipercayai ketua yang bertanggungjawab menghasilkan dan mengedar arak beracun berkenaan hampir ke seluruh negara.

Menurutnya, lelaki itu juga akan didakwa atas pertuduhan menjual barangan berbahaya dan dia boleh dihukum penjara seumur hidup jika didapati bersalah.


Sejak Mac lalu sekurang-kurangnya 100 mangsa maut akibat keracunan, manakala puluhan yang lain kritikal dipercayai akibat meminum arak buatan sendiri berkenaan.

Cukai yang tinggi menyebabkan harga minuman alkohol di Indonesia mahal, jadi penduduk miskin sering memilih arak buatan sendiri yang jauh lebih murah.

Biasanya arak buatan sendiri dibuat menggunakan alkohol tulen yang dicampur dengan Coca-Cola, minuman tenaga, ubat batuk dan juga ubat nyamuk. – Agensi/myMetro Online

Kategori