Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pemandu Teksi Dipenjara &...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencederakan seorang warga emas menggunakan kabel besi, seorang pemandu...

Bursa Malaysia Susut Selepas...

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini namun kembali susut selepas...

Salah, Alisson Cetus Kemaraan...

PARIS - Jaringan Mohamed Salah pada babak pertama serta tindakan menyelamat menarik penjaga...

7 Wonders@AlHijrah Tema Ramadan...

KALAU disebut 7 Keajaiban Dunia kita pasti ia sinonim dengan imej Piramid di...

TNB Sasar Tanam 11,000 Pokok Di Seluruh Semenanjung Malaysia

KUANTAN – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyasar untuk menanam 11,000 anak pokok di 11 lokasi terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia dalam tempoh setahun dalam usaha menghijaukan dan memelihara alam sekitar seiring dengan kemajuan negara.

Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie berkata, menerusi program ‘Tree for a Tree’ itu, anak-anak pokok berkenaan akan ditanam di taman-taman awam terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia.

Katanya ia akan dilakukan dengan kerjasama Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) sebagai rakan alam sekitar TNB, bersama-sama pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.

“Program ini adalah salah satu inisiatif penting dalam aspek alam sekitar dan merupakan tanggungjawab sosial koporat (CSR) TNB untuk menjadikannya sebagai acara tahunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Program Tree For A Tree TNB peringkat negeri Pahang di Taman Pasif, di sini Sabtu.

Program yang julung kali diadakan itu disertai 300 sukarelawan terdiri daripada warga kerja TNB, Majlis Perbandaran Kuantan, pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Muadzam Shah dan orang ramai.


Pada program itu mereka menanam 1,000 anak pokok spesies ‘Merawan Siput Jalan’ dan ‘Bitangor Laut’ di taman berkenaan.

Katanya, untuk memastikan kelangsungan usaha yang dijalankan itu, TNB menerusi PEKA akan terus menyelaras dan memantau kemajuan pokok-pokok yang ditanam itu dalam tempoh tiga tahun.

Antara lokasi yang dikenal pasti untuk program itu, ialah Taman Jublee, Alor Setar, Kedah; Taman Rekreasi Gunung Lang, Perak; Taman Rekreasi Kota Kemuning, Shah Alam; dan Taman Rimba Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur.

Selain itu pokok-pokok akan turut ditanam di Taman Rekreasi dan Halaman Belia Sg Rambai, Jasin, Melaka serta Taman Rekreasi Hutan Bandar, Johor Bahru, Johor. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori