Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Najib Hargai Mereka Yang...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan penghargaan kepada mereka yang...

Saman Sekolah, Guru Biar...

KUALA LUMPUR — Seorang bapa bertindak memfailkan saman cuai terhadap sebuah sekolah swasta...

KPT Kurangkan Yuran Universiti...

PUTRAJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju memberikan kelonggaran dan pertimbangan sewajarnya terhadap...

Kadar Fitrah Di Sabah...

KOTA KINABALU - Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) menetapkan kadar zakat fitrah di...

TNB Lakukan Pendawaian Bekalan Elektrik Rumah Golongan Asnaf

IPOH – Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak melakukan pendawaian semula bekalan elektrik di 12 rumah terdiri daripada golongan asnaf sempena program bulan Ramadan.

Pengurus Besar Bahagian Pembahagian TNB Perak, Datuk Mohd Zahir Md Nagor berkata kos projek yang ditanggung TNB itu berjumlah RM29,460 dan ia dijangka siap menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Di kawasan Bidor, TNB melakukan pendawaian semula di dua buah rumah, Bagan Serai (dua), Semanggol (tiga), Kuala Kangsar (satu), Tapah (satu), Batu Kurau (satu), Bukit Merah (satu), Tanjung Piandang (satu),” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa pengurusan TNB Perak bersama pihak kesatuan TNB dan Media Perak di sini, Rabu malam.

Mohd Zahir berkata pada program itu juga, semua 15 stesen TNB di Perak mengadakan aktiviti sumbangan ‘1 Pekerja 1 Barang’ iaitu mengumpul keperluan asas berupa barangan runcit yang akan diagihkan kepada keluarga memerlukan di seluruh Perak.


Bagi memudahkan para pelanggan membayar bil elektrik, beliau berkata TNB telah menyediakan kemudahan kiosk serta mesin ‘payquick’ di hampir seluruh Kedai Tenaga di Perak.

“Baru-baru ini, TNB turut menempatkan kiosk pembayaran di TNB Seri Manjung manakala mesin payquick pula telah ditempatkan di Kedai Tenaga TNB Jalan Lahat Ipoh, Ulu Kinta dan Menglembu,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori