Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

95% Banduan Terlibat Terorisme...

SANDAKAN - Sembilan puluh lima peratus banduan terlibat dalam kegiatan keganasan yang menjalani...

Undang-Undang Anti Lompat Parti...

SHAH ALAM - Undang-Undang Anti Lompat Parti dijangka mula dilaksanakan menjelang penghujung bulan...

Leonardo DiCaprio Larang Rihanna...

WALAUPUN baru beberapa minggu menjalinkan hubungan, namun kehidupan Rihanna kini sudah mula dikongkong...

Akim Ungguli Anugerah Komposer...

KUALA LUMPUR - Undian peminat membolehkan penyanyi dan komposer Akim mengungguli Anugerah Komposer...

TNB Bina 7 Rumah Di Perlis

KANGAR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membina tujuh rumah untuk golongan asnaf menerusi Projek Baiti Jannati di Perlis bagi tahun ini.

Pegawai Perhubungan Pelanggan TNB Perlis Shahidan Zakaria berkata pemilihan individu yang layak akan dibuat dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

“Projek ini merupakan tanggungjawab sosial korporat bagi membantu golongan kurang berkemampuan mendapat kediaman yang lebih selesa,” katanya pada majlis penyerahan kunci rumah kepada seorang daripada penerima bantuan, Mohd Fauzi Yatim, 40, di Kampung Sri Gelam di sini, semalam.

Program itu juga diharap dapat meringankan beban rakyat dan membolehkan mereka menikmati kualiti kehidupan lebih baik, katanya.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs berangkat menyempurnakan penyerahan rumah yang turut dilengkapi perabot asas bernilai RM50,000.


Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs berjumlah RM61,800 kepada 103 asnaf terpilih dari kawasan berhampiran. – BERNAMA

Kategori