Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Zionis Dan Myanmar Sama...

RATHEDAUNG di Arakan, kini senasib dengan Khan Younis di Gaza. Dua petempatan dalam...

Penghantar Surat Ditahan Perdaya...

KUANTAN - Polis menahan seorang penghantar surat setelah dipercayai memperdayakan seorang guru di...

Kelantan Tanam Eucalyptus Tingkat...

GUA MUSANG - Kerajaan Negeri Kelantan hari ini memulakan projek perintis tanaman pokok...

GAMBAR: Artis Malaysia Dah...

SEJAK kebelakangan ini, topik memegang anjing menjadi perdebatan utama di Malaysia.Semuanya gara-gara penganjuran...

TNB Belanja RM160,000 Program ‘Back To School’

JERLUN – Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM160,000 bagi menyediakan set kelengkapan persekolahan berupa pakaian seragam, kasut, beg, stoking dan alat tulis untuk program ‘Back To School’ di Kedah tahun ini.

Pengurus Besar Perkhidmatan Pelanggan Bahagian Pembahagian TNB Kedah Ismail Lathifi Teh berkata ia membabitkan 800 murid tahun satu hingga enam di empat kawasan parlimen iaitu Langkawi, Padang Terap, Alor Setar dan Jerlun yang menerima bantuan berkenaan bermula Ahad lalu hingga hari ini.

“Kita berpuas hati apabila dapat menyalurkan bantuan persekolahan kepada semua sasaran kita di Kedah dan prosesnya berjalan lancar hasil kerjasama yang padu daripada wakil rakyat di kawasan yang sudi turun bersama-sama kita menyerahkan bantuan ini,” katanya pada program ‘Back To School’ di Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa di sini, hari ini yang disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Anggota Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz.

Ismail berkata pihaknya turut merancang untuk memperluas program berkenaan ke lebih banyak kawasan parlimen pada tahun depan berikutan permintaan dan sambutan memberangsangkan daripada masyarakat.

Kanak-kanak kelainan upaya Muhammad Nazif Bakri, 7, berkata dia seronok kerana dapat menggayakan pakaian baharu apabila sesi persekolahan bermula bulan depan.

“Seronok dapat baju sekolah baharu… saya akan ke sekolah walaupun mengalami masalah jantung sejak kecil,” katanya yang ditemani bapa Bakri Abidin, 43.


Menurut Bakri akibat penyakit jantung tersebut, kedua belah kaki anaknya terpaksa dipotong tahun lepas.

Dia yang bekerja sebagai pesawah turut berterima kasih atas bantuan yang diberikan kerana ia meringankan beban yang ditanggung keluarganya dalam keadaan kos hidup yang semakin meningkat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TNB

Kategori