Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aksem Kedah Rampas Rokok...

BUKIT KAYU HITAM - Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Kedah merampas pelbagai jenis rokok...

KJ Gagal Jadi Pejuang...

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) hari ini mengeluarkan kenyataan mendakwa Menteri Belia dan...

Program Realiti Papar Pasangan...

PERSOALAN mengenai seks di kalangan masyarakat Barat bukanlah suatu perkara taboo untuk dibincangkan...

Bayi Lemas Dalam Baldi:...

SHAH ALAM - Ibu kepada Abdul Rayyan Mijan, sembilan bulan yang lemas di...

TN50: Pendidikan 1 Aliran Aspirasi Anak Muda P.Pinang

GEORGE TOWN – Sistem pendidikan satu aliran dan suasana kehidupan dalam sebuah persekitaran yang selesa di masa hadapan adalah antara aspirasi yang disuarakan anak muda Pulau Pinang dalam sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata rata-rata anak muda Pulau Mutiara itu menyuarakan hasrat mereka mahukan sebuah sistem pendidikan yang berpotensi tinggi dengan menggunakan kaedah dan teknologi serta persekitaran yang baharu.

“Selain pendidikan, golongan muda di sini juga mahu melihat sebuah persekitaran yang lebih mampan, ke arah gaya hidup yang lebih berkualiti, kesejahteraan menjadi kayu pengukur untuk pembangunan masa hadapan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas selesai mendengar pelbagai aspirasi anak muda negeri ini pada sesi dialog TN50 di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini yang dihadiri lebih 3,000 golongan muda.

Sambil memuji rata-rata anak muda yang begitu bersemangat ketika melontarkan aspirasi masing-masing dalam sesi dialog tersebut, Khairy berkata lebih 84 aspirasi daripada 47 belia telah dilontarkan dalam majlis itu yang turut menarik perhatian tetamu lain dalam dewan tersebut.

Selain itu Khairy berkata jumlah tontonan FBlive TN50 turut mencatatkan tontonan luar biasa iaitu mencecah 100,000 tontonan sekali gus menjadi tontonan tertinggi bagi sesi dialog itu berbanding di negeri lain sebelum ini.

Sementara itu menjawab berhubung pendidikan sistem satu aliran di sekolah , Khairy berkata pada masa ini dasar kerajaan masih mengamalkan dasar pendidikan yang sedia ada.


“Kami masih lagi dalam peringkat pengumpulan aspirasi, ini baru peringkat perbincangan dan pengumpulan aspirasi saja, dasar kerajaan masih dasar yang sedia ada , kami belum membuat keputusan untuk mengubah dasar tersebut.

“Sekarang ini kami dalam proses hendak mendengar aspirasi berhubung sekolah satu aliran. Ada yang mintak kekalkan polisi sedia ada dan ada juga yang mintak ke arah sistem sekolah satu aliran tetapi kerajaan masih lagi dalam pertimbangan dan kami masih dalam peringkat lebih kepada mendengar aspirasi tersebut,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan sukan permotoran, Khairy berkata pihaknya bersedia memberi khidmat nasihat berkenaan prosedur itu kepada persatuan terlibat bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku semasa di litar lumba.

Selain itu Khairy berkata kementerian akan memberikan bantuan kepada keluarga pelumba CP150, Norizman Ismail yang maut selepas terlibat dalam kemalangan semasa sesi ujian masa pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, Jumaat lepas. – BERNAMA

Kategori