Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Pemimpin Disegani Peringkat...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin yang disegani...

Ronaldo Tamatkan Kemarau Gol

CRISTIANO Ronaldo menjaringkan gol kemenangan 3-2 ke atas Malaga, menjadikan kelab itu hampir...

Elfira Loy Akhirnya Mengaku...

PELAKON Elfira Loy akhirnya mengesahkan dia sudah menjadi tunang orang dalam satu majlis...

Thailand Kembalikan Perjalanan Tanpa...

PUSAT Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thailand bersetuju memperluaskan satu lagi program pengecualian kuarantin...

TMJ Secara Rasmi Jadi Pemilik JDT

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara rasmi menjadi pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim berkata, baginda sebelum ini merupakan Penaung Diraja PBNJ.

“Selaku Presiden PBNJ, saya ingin memaklumkan kepada para penyokong pasukan Harimau Selatan bahawa mulai musim 2016, Tunku Mahkota Johor secara rasminya menjadi pemilik kelab bola sepak JDT.

“Baginda yang sebelum ini adalah Penaung Diraja PBNJ akan meneruskan misi dan visi yang sama demi pembangunan bola sepak negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

PBNJ dalam pada itu memaklumkan seramai 150 calon yang telah disaring menyertai pemilihan Marshall Stadium Larkin untuk musim 2016 hari ini.


“Mereka yang lulus ujian dan temuduga akan memulakan tugas pertama mereka pada perlawanan Piala Sumbangsih nanti,” katanya. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori