Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sebahagian RM9j Disalur Kepada...

KUALA LUMPUR - Sebahagian daripada RM9 juta yang dijimatkan daripada pengurangan peruntukan untuk...

Penoreh Getah Maut Nahas...

JERTIH: Seorang penoreh getah maut manakala 11 lagi cedera dalam kemalangan tiga kenderaan...

MH17: TPM Saksi Raptai...

SEPANG - Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis hadir menyaksikan raptai penuh istiadat...

Kedah Fashion Week: Tindakan...

ALOR SETAR : Tindakan terhadap mak nyah yang memakai pakaian mencolok mata hingga...

TLDM Temui Bangkai Kapal Tunda Karam Di Perairan Kuantan

KUANTAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini menemui bangkai kapal tunda YTC M5 yang dilaporkan berlanggar dengan sebuah kapal dagang dan tenggelam di perairan Kuantan pada Khamis lalu.

Laksamana Muda Markas Wilayah Laut 1, Datuk Azhari Abdul Rashid, berkata kapal jenis hidrografi KD Mutiara berjaya mengesan kedudukan kapal tunda berkenaan pada kedalaman 29 meter kira-kira satu batu nautika dari lokasi kejadian.

“KD Mutiara tiba di lokasi kejadian pada 8 pagi semalam untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat sehingga operasi ditangguhkan pada jam 5 petang semalam.

“Namun pada jam 7.30 malam, KD Mutiara berjaya mengesan objek yang disyaki kapal tunda tersebut dengan menggunakan sistem sonar dan berdasarkan analisis imej, didapati ciri-ciri objek itu menyamai kapal tunda YTC M5.

“Operasi diteruskan pagi ini dan pasukan penyelam melakukan penyiasatan terhadap objek yang dikesan semalam dan pada pukul 10.45 pagi tadi mengesahkan ia adalah kapal tunda yang tenggelam itu,” katanya kepada pemberita di jeti pangkalan di sini, hari ini.


Dalam kejadian itu, enam kru bot tunda itu termasuk seorang warga tempatan hilang selepas bot tunda mereka dilapor dilanggar sebuah kapal dagang di kedudukan 9.1 batu nautika dari Tanjung Gelang dalam perairan Kuantan.

Semalam pasukan polis marin berjaya menemui mayat dua daripada enam kru itu secara berasingan kira-kira 11 batu nautika dan 11.5 batu nautika dari Tanjung Gelang.

Azhari berkata, dengan penemuan bangkai kapal tunda itu, TLDM turut menamatkan pembabitan mereka dalam operasi mencari dan menyelamat hari ini.

Manakala pasukan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan polis marin akan meneruskan usaha pencarian baki kru yang masih belum ditemui. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori