Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anwar Sudah Beri Keterangan...

KUALA LUMPUR - Polis sudah merakam keterangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Pemuda BN Sabah Harus...

KOTA KINABALU - Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah harus membantu golongan belia dengan...

PM Arah Tindakan Segera...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mengarahkan pihak berkaitan mengambil tindakan segera...

Penyokong Kelantan Tolak Hujah...

KUALA LUMPUR - Sebilangan penyokong pasukan Kelantan tidak dapat menerima hujah pengurusan kelab...

TLDM KK Akan Dilengkapi Sistem Pertahanan Udara Canggih

KOTA KINABALU – Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu di Teluk Sepangar di sini akan dilengkapi Sistem Pertahanan Udara yang canggih bagi menangani ancaman, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, langkah itu sesuai dengan kepesatan teknologi dan TLDM perlu memikirkan perancangan terbaharu dalam menangani senario semasa di Laut China Selatan dan perairan Sabah Timur.

“Dalam konteks ini ia bertujuan memastikan pangkalan kita ini selamat. Sama ada ia sistem pertahanan yang bagaimana, itu akan ditentukan nanti,” katanya kepada pemberita selepas melawat dan meninjau pembangunan Pangkalan Laut TLDM Kota Kinabalu hari ini.

Katanya, rancangan itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk menaik taraf pangkalan tersebut secara menyeluruh bagi menghadapi ancaman-ancaman semasa, khususnya di kawasan perairan negeri itu.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, usaha menaik taraf dan menambah keperluan aset pertahanan negara sebenarnya banyak bergantung kepada kemampuan ekonomi negara, ancaman semasa dan politik negara.

Selain itu, Hishammuddin berkata infrastruktur refit kapal selam Scorpene yang sedang dibina di pangkalan sama, ketika ini sudah 12 peratus selesai dan mengikut jadual.


Katanya, infrastruktur itu yang merangkumi pembinaan tiga buah bengkel utama untuk kerja-kerja penyelenggaraan peralatan kapal selam dan penyimpanan, dijangka dapat mengurangkan kos menyelenggara dua buah kapal selam negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak.

“Bagi memastikan kedua-dua kapal selam ini dapat beroperasi sehingga tempoh maksimum iaitu 35 tahun, kerajaan dengan kerjasama Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd melaksanakan penyelenggaraan secara berkala,” katanya.

Pangkalan Laut TLDM Kota Kinabalu yang dibina pada 2001 merangkumi Markas Wilayah Laut 2 dan Markas Angkatan Kapal Selam dan mempunyai hubungan antarabangsa dengan negara jiran Brunei dan Filipina khususnya melalui eksesais bersama yang dilaksanakan setiap tahun.

Pangkalan itu turut menempatkan beberapa buah kapal negara asing seperti Amerika Syarikat, Australia, Brunei Perancis, Jepun, Singapura dan India sekali gus menjadikan ia sebagai “Port of Call” atau tempat persinggahan sepanjang tahun 2014.

Hishammuddin hari ini menamatkan lawatan tiga harinya ke Sabah yang dilakukan bertujuan meninjau persiapan dan kesiapsiagaan pasukan keselamatan negara di negeri ini terutama di Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZone). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TLDM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori