Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Insentif Pengecualian Cukai Jualan...

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) memutuskan untuk melanjutkan insentif pengecualian cukai jualan ke...

4 Nelayan Indonesia Ditahan...

GEORGE TOWN - Empat nelayan rakyat Indonesia ditahan di 36.3 batu nautika barat...

Bina Pintu Air Di...

KANGAR – Kerajaan Perlis akan memohon kerajaan pusat membina satu pintu air di...

Trafik Di Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan pagi...

Tingkatkan Patriotisme Dan Pelihara Kemerdekaan

LABUAN – Sambutan Hari Malaysia tidak harus hanya untuk bergembira tetapi hendaklah difokuskan ke arah meningkatkan kesedaran dan semangat patriotisme bagi memelihara kemerdekaan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata Malaysia ditubuhkan pada 1963 bersama Sabah dan Sarawak dan rakyat harus bersyukur kerana sungguhpun menghadapi pelbagai cabaran keadaan dalam negara tetap harmoni.

Katanya tema sambutan tahun ini Sayangi Malaysiaku adalah selaras dengan hasrat kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang mahu melihat penduduk berbilang kaum di negara ini mengamalkan semangat perpaduan dan patriotisme.

Bercakap pada perhimpunan Hari Malaysia peringkat Labuan di sini beliau menyeru rakyat Malaysia supaya menanamkan semangat cinta dan kasihkan negara dan berusaha mengembalikan kegemilangan Malaysia sebagai Harimau Asia dari segi pembangunan.

“Hari ini, kita mesti mengakui dan menerima hakikat bahawa Malaysia ke arah Malaysia Baharu bergerak ke hadapan untuk mendapatkan semula kemuliaan dan memastikan negara berada dalam landasan untuk memacu ekonominya,” katanya.


Beliau berkata tidak ada pengecualian bagi rakyat Labuan untuk meneruskan usaha kerajaan memulihkan ekonomi negara.

“Masanya sudah tiba bagi kita untuk mengukuhkan perpaduan, mengetepikan perbezaan dan membantu kerajaan untuk berada di platform ekonomi yang betul dan stabil,” kata Khalid. – BERNAMA

Kategori