Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

6 Ditahan, Geng Curi...

BALIK PULAU - Geng 'AV' yang aktif mencuri lori dan bas di sekitar...

AirAsia Lantik Roberto Carlos...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd melantik pemain bola sepak lagenda Brazil, Roberto Carlos,...

Jenazah Syed Redzuan Selamat...

KUALA LUMPUR - Jenazah Syed Redzuan Syed Salim Shatri, pendaki Malaysia yang maut...

Legasi Lee Kuan Yew...

JOHOR BAHARU -- Legasi Lee Kuan Yew akan tetap terpelihara dan terpahat dalam sejarah...

Tingkat Usaha Bentuk Kerja Cemerlang KSU KDN

PUTRAJAYA – Usaha berterusan bagi membentuk budaya kerja cemerlang dalam perkhidmatan awam bukan hanya perlu dilakukan di peringkat jabatan malah usaha itu juga harus bermula di peringkat individu sendiri, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana sesuatu budaya tidak akan terhasil dengan sekelip mata sahaja sebaliknya perlu dilakukan secara berulang kali dan diamalkan oleh semua individu sehingga melahirkan satu trend dalam sesebuah organisasi.

“Oleh hal yang demikian, proses awal untuk melahirkan sesuatu budaya kerja yang bagus adalah dengan membentuk sikap pekerja terhadap kerja,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), di sini hari ini.

Seramai 83 pegawai dan anggota RELA menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang majlis tersebut. – BERNAMA

Kategori