Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Joshua Rancang Derma Wang...

PUTRAJAYA - Johan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2015 Piala Perdana Menteri (PABM...

Pelajar UA Dituduh Muat...

JOHOR BAHRU - Seorang pelajar universiti awam (UA) di ibu kota, dihadapkan ke...

Empat Calon Sah Tanding...

KUALA LUMPUR: Empat calon sudah mengesahkan pencalonan masing-masing bagi merebut jawatan Ketua Pemuda...

Keluarkan Fatwa Tanpa Ilmu...

KUANTAN - Mana-mana pihak yang tidak tahu mengenai fatwa tetapi bertindak mengeluarkan sesuatu...

Tindakan Terhadap Admin WhatsApp Didik Masyarakat

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersetuju supaya ‘Group Admin’ (Pentadbir Kumpulan) aplikasi WhatsApp yang gagal mengekang penyebaran maklumat tidak sahih dalam kalangan anggotanya dikenakan tindakan undang-undang.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata langkah itu wajar dibuat bagi membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab selain mendidik masyarakat agar lebih berhati-hati dan peka apabila ingin berkongsi setiap maklumat dengan anggota lain.

“Sikap suka menyebarkan maklumat palsu telah menjadi satu barah dalam masyarakat kita dan ini melambangkan budaya masyarakat yang kurang maju kerana mereka tidak semak kesahihan maklumat itu dahulu dan lebih seronok ‘kongsi’ mesej tersebut kepada semua orang yang akhirnya memberi kesan buruk berpanjangan kepada pihak yang difitnah.

Dengan adanya undang-undang atau akta berkaitan ini, ianya akan menjadi satu permulaan baik yang akan membawa faedah kepada semua pihak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nadzim mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari baru-baru ini bahawa Group Admin (Pentadbir Kumpulan) WhatsApp boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 jika gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahlinya sehingga menggugat keselamatan negara.


Menurut Jailani, menerusi akta itu, antara kesalahan yang boleh dikenakan tindakan termasuk menyebarkan berita tidak benar, menghasut, dan pendedahan komunikasi yang dilarang iaitu mendedahkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kata Jailani pentadbir kumpulan seharusnya menjadi pengampang maklumat dengan menapis bahan-bahan yang tidak sahih selain perlu lebih bertanggungjawab memastikan tiada anggotanya menyebarkan maklumat palsu bagi mengelakkan pentadbir kumpulan dikenakan tindakan undang-undang. – BERNAMA

Kategori