Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

[TIDAK RASMI]: BN Raih...

JOHOR BAHRU : Barisan Nasional (BN) meraih 41 kerusi daripada 56 yang dipertandingkan...

Mahathir Jumpa 26 Ahli...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Mula Merancang Tunaikan Haji...

MAKKAH - Generasi muda Malaysia dinasihatkan mula merancang untuk menunaikan fardu haji seawal...

Warga Nigeria Dalangi Sindiket...

KUALA LUMPUR - Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah yang didalangi warga...

Tindakan Lebih Tegas Terhadap Pembuli – PDRM

KUALA TERENGGANU – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengenakan tindakan lebih tegas terhadap pelajar yang didapati terbabit dalam kes buli, gaduh dan merusuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata mulai Januari tahun ini, mereka yang terlibat dalam kes buli akan ditahan di lokap polis sementara pihaknya mendapatkan perintah reman.

“Kita memandang serius penglibatan pelajar dalam kancah jenayah…jika tindakan awal tidak diambil, ia akan terus berleluasa dan boleh menjerumus kepada kesalahan lebih besar termasuk pembunuhan dan pengedaran dadah.

“Walaupun tindakan ini dilihat agak keras, namun, ia adalah usaha bagi mencegah insiden tidak diingini,” katanya pada sidang media selepas penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin di sini, hari ini.

Mohmad berkata kes buli kini mudah didedahkan berikutan adanya media sosial.


“Dahulu pun ada kes buli, namun, ia tidak digambarkan kerana tiada teknologi seperti sekarang yang dapat menunjukkan dengan jelas mangsa dipukul tanpa belas kasihan,” katanya.

Beliau juga berharap semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kesalahan melibat pelajar tidak berleluasa. – BERNAMA

Kategori