Tindakan IS Atau ISIL Bertentangan Dengan Islam & Kemanusiaan

NEW YORK – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan militan Negara Islam (IS) atau Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) adalah bertentangan dengan Islam dan kemanusiaan.

Perdana Menteri menegaskan kumpulan itu yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang jihad tidak mewakili Islam sebenar.

“Mereka tidak sepatutnya merujuk diri mereka sebagai negara kerana mereka bukan sebuah negara atau negeri.

“Malaysia adalah sebuah negara Islam yang sederhana dan progresif dan menolak fahaman pelampau,” katanya kepada pengurus dana Amerika Syarikat (Amerika) semasa mengadakan pertemuan di sebuah hotel di sini pada Khamis (Jumaat di Malaysia).

Amerika, setelah mendapat sokongan beberapa negara Arab, baru-baru ini melancarkan serangan udara terhadap kumpulan militan di Syria, kerana khuatir serangan terhadap Amerika dan kepentingan Barat.

IS atau ISIL dilaporkan membunuh orang yang tidak bersalah termasuk memenggal kepala mereka. – BERNAMA

Loading...