Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Relau Lumpuh Penduduk Positif...

KULIM - Pekan kecil Relau di Bandar Baharu di sini lumpuh selepas lebih...

Malindo Air Sambung Semula...

MIRI - Malindo Air menyambung semula operasi penerbangan terus Kuala Lumpur-Sibu tahun ini...

Peruntukan RM676.4 Juta Untuk...

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2023 menyaksikan peruntukan sebanyak RM676.4 juta disalurkan kepada Pihak...

Belanjawan Tiada Impak Besar...

PETALING JAYA - Bajet tahunan tidak akan memberi impak besar dalam penstrukturan semula...

Timbalan Pengarah Kewangan DBKL Dituduh Rasuah RM4j

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengarah Jabatan Kewangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengaku tidak bersalah atas 18 pertuduhan rasuah dan menerima barang berharga tanpa balasan melibatkan aset bernilai kira-kira RM4.4 juta di Mahkamah Seksyen Khas Rasuah di sini.

Syed Afendy Syed Abid Ali, 54, dituduh dengan satu pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009, lapan pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan sembilan pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Berdasarkan pertuduhan di bawah Seksyen 17 (a) ASPRM 2009, Syed Afendy Ali didakwa menerima rasuah untuk Rodziah Abd. Samad, 54, iaitu seunit rumah kedai di alamat 11, 11-1,11-2 di Pusat Perdagangan Danau Lumayan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur bernilai RM930,000 daripada Syarikat Danau Lumayan sebagai balasan mengesahkan semakan tuntutan bayaran kemajuan oleh syarikat tersebut berkaitan projek usahama dengan DBKL.

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada nilai suapan.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa menerima benda berharga tanpa balasan iaitu lapan unit kondominium di Suasana Lumayan Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur melibat empat unit kepada Minah Abdullah, dua unit untuk Syed Ashraf Ali dan masing-masing seunit kepada Rodziah dan Mazwan Amin Mohd Noor.

Tertuduh didakwa menerima aset-aset tersebut daripada Syarikat Danau Lumayan Sdn. Bhd. yang mana Syed Afendy Ali mempunyai hubungan kerja rasmi.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Manakala bagi kesalahan di bawah AMLATFA 2001, tertuduh didakwa telah menggunakan hasil sebanyak RM1.5 juta daripada jualan rumah yang diperolehi secara percuma untuk membeli rumah dan kepentingan diri sendiri.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali. Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara Mac 2009 hingga Oktober 2014.

Hakim Allaudeen Ismail menetapkan jaminan sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah. Kes akan disebutan semula pada 6 Januari 2017.

Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib dan Aida Adhha Abu Bakar. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori