Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

DAP Akui PRK Permatang...

GEORGE TOWN - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata pilihan...

Namewee Kini Berada Di...

GEORGE TOWN - Polis telah mengenal pasti tiga lagi lelaki yang turut terlibat...

TPPA Akan Dimeterai Pada...

KUALA LUMPUR - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan dimeterai pada Februari, dengan atau...

Kim Swee Buru Emas...

PETALING JAYA - Ketua jurulatih skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong...

Timbalan MB Kelantan Ketuai Senarai Penerima Darjah Kebesaran

KOTA BAHARU – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengetuai senarai 582 penerima darjah kebesaran, bintang, dan pingat sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada Rabu.

Mohd Amar dianugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk.

Baginda Sultan berkenan menyampaikan anugerah di istiadat yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini.

Sebanyak 36 individu lain dianugerahkan pelbagai darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk, didahului Presiden Akademi Sains Malaysia, Tan Sri Datuk Ir Dr. Ahmad Tajuddin Ali, iaitu penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Datuk Seri) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK).

Pengarah Perancangan Strategik dan Perhubungan (Tentera) Syarikat Target Resources Sdn. Bhd., Datuk Mamat Ariffin Abdullah merupakan penerima tunggal untuk anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK).

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan, Datuk Ir Yusoff Ismail dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Mohd Zaman Khan @ Hassan Rahim Khan masing-masing menerima anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim menerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK), manakala Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Datuk Dr. Mortaza Mohamed menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK).

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rahamat Bivi Yusoff…(ulang)…Rahamat Bivi Yusoff, dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER DC), Datuk Seri Jebasingam Issace John dianugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK).

Empat individu dianugerah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) iaitu anggota kerabat Di Raja Kelantan, Tengku Rozlynda Petri Tengku Mohd Nasrun; Pengarah Eksekutif Iris Corporation Bhd., Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor; Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, Prof Sr Dr. Wan Muhd Aminuddin Wan Hussin; dan Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Kelantan, Wan Ali Wan Ahmad.

Dua penerima iaitu Presiden Persatuan Anti Penuaan, Estetik dan Penjanaan Semula Perubatan Malaysia (SAAARMM), Prof Dr. Selvaraj Subramaniam; dan Pengarah Eksekutif Kelantan Development Resources Sdn. Bhd., Subramaniam A.R.A Nachiappan menerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK).

Empat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) iaitu Mej Jen Datuk Wira Md Tajri Alwi yang kini berkhidmat di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Asisten Ketua Staf, Cawangan Perancangan dan Pembangunan Markas Tentera Darat, Mej Jen Mohammad Ab Rahman; Ketua Pengarah Operasi Logistik Markas ATM, Brig Jen Azlan Othman; dan Ketua Jabatan Perubatan Tentera Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Brig Jen (Dr.) Zulkeffeli Mat Jusoh.

Panglima Pemerintahan Operasi Khusus, Markas Tentera Darat, Mej Jen Datuk Azmy Yahya pula dianugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK).


Seramai 12 individu pula menerima aungerah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) iaitu Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nik Ali Mat Yunus; Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Dr. Abdul Rahman Hassan dan Presiden Persatuan Orang Kota Baharu (POKB), Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad.

Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Dr. Ab Rahman Awang; Timbalan Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Ab Rahman Mat dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Adnan Husin.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Abd Aziz Abdullah; Felo Akademi Sains Malaysia, Dr. Ahmad Ibrahim; Pengurus Besar Tenaga Nasional Bhd. (TNB) Kelantan, Ir Md Yuslan Md Yusoff; Pensyarah di Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur, Prof Dr. Wan Azman Wan Ahmad; Komander Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, SAC Hazani Ghazali; dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara, Wan Jamaluddin Wan Yusoff.

Lima menerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) iaitu Penasihat Undang-Undang Kelantan, Shahidani Abd Aziz @ Juned dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Ab Razak; Naib Presiden Usaha Niaga Tani, Nor Azman Mufti @ Jaafar; dan Pengurus Besar, Bahagian Perancangan Strategik Korporat ECER DC, Ragu Sampasivam.

Anugerah tiada gelaran ‘Datuk’:

Baginda turut menganugerah Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (PMK) kepada seorang penerima; tiga individu menerima anugerah Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK) dan lima individu menerima anugerah Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (PKK).

Sebanyak 38 penerima pula dianugerah Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (PSK); 57 individu menerima Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (BSK) dan 54 dianugerah Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Yang Amat Terbilang (ASK).

Bagi penerima Bintang-Bintang pula, seramai 30 orang dianugerah Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK), 42 dianugerah Bintang Seri Kelantan (SK) dan 75 dianugerah Bintang Ahli Kelantan (AK).

Manakala 57 individu menerima Pingat Bakti (PB), 74 menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS); 66 orang Pingat Taat (PT) dan 32 orang Pingat Perangai Baik (PPB), manakala empat lagi menerima Surat Kepujian dan tujuh menerima Jaksa Pendamai (JP).

Kesemua penerima menerima anugerah pada hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori