Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Di Iran,...

PUTRAJAYA - Sebanyak 127 rakyat Malaysia yang berada di Iran dan Itali dijangka dibawa pulang...

Misi Sebenar Adalah Plot...

AGAK ngeri mendengar pelbagai pendedahan yang dibuat Presiden Turki, Racep Tayyib Erdogan ketika...

Caj Ganti Mykad RM1,000...

PUTRAJAYA - Orang ramai yang mahu menggantikan kad pengenalan (MyKad) hilang buat kali...

Pesakit Terkejut, Cicak Hidup...

SEORANG pesakit terkejut dan tidak sangka, seekor cicak hidup telah dikeluarkan dari telinganya....

Tiga Pelajar Maut Nahas Ngeri Di Lebuh AMJ

MELAKA – Tiga pelajar maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh sebuah Proton Gen 2 di laluan bertentangan di Lebuhraya Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ).

Insiden negri tersebut berlaku berhadapan dengan Stesen Minyak Petron, Jalan Malim, Taman Cheng Bistari di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.25 pagi itu, Mohd Aiman Hakim Badrul Hisham, 19; Nik Muhammad Sajirin Nik Hazairi, 19 dan Mohamad Shawal Abdul Razak, 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala pemandu kereta Proton Gen 2 dilaporkan mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah mengesahkan kejadian itu berkata kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dalam hujan lebat.


“Kes tersebut akan di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengankutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sementara itu, menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, sepasukan lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu segera ke tempat kejadian.

Mereka menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 11.30 pagi.

“Apabila tiba di tempat kejadian anggota bertugas mendapati dua orang mangsa tersepit di dalam kereta Perodua Viva berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori