Tiga Kapal Pindah Minyak Ditahan

Johor Bahru – Tiga kapal yang disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Pengerang, Kota Tinggi dekat sini, pagi semalam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata, kapal terbabit ditahan oleh kapal ronda APMM pada 9.15 pagi kira-kira 3.8 batu nautika tenggara Teluk Ramunia.

Beliau berkata, ketika ditahan kapal MT Atami Maru berdaftar di San Lorenzo yang membawa 16 krew warganegara Thailand dan seorang warganegara Indonesia sedang memindahkan minyak diesel ke dua kapal iaitu TB Macallan dan TB LL Lamborghini.

“Kapal TB Macallan yang berdaftar di Kuching membawa empat krew warganegara Myanmar, tiga rakyat Malaysia dan seorang krew Indonesia.

“Manakala, kapal TB LL Lamborghini yang berdaftar di Jakarta membawa lapan krew warganegara Indonesia berusia 20 hingga 50 tahun,” katanya. – myMetro Online

Loading...