Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dr Wan Azizah Tinjau...

KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Kibarkan Jalur Gemilang –...

KOTA KINABALU - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said...

Buruh Dihukum Penjara 11...

KUALA LUMPUR - Seorang buruh dihukum penjara 11 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang...

COVID-19 Dijangka Berakhir Pada...

GUANGZHOU - Penelitian terbaru dikendalikan pasukan perubatan menjangkakan penularan wabak coronavirus (COVID-19) bakal...

Tiga Cedera Dalam Kejadian Tembak Di Restoran

KUCHING – Tiga lelaki cedera akibat ditembak dengan sepucuk shotgun di sebuah restoran di Pusat Perdagangan Kuching City Mall di sini awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata dalam kejadian itu, seorang lelaki melepaskan tembakan ke dalam restoran berkenaan serta mencederakan tiga pelanggan yang sedang minum, sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja berwarna perak.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata dalam kejadian itu, seorang penarik kereta berusia 47 tahun terkena tembakan di perut dan kaki, manakala seorang jurujual berusia 42 cedera pada kaki kanan dan seorang lagi penarik kereta berusia 30 tahun, cedera pada kaki kiri.

“Tiga sekawan itu kini dirawat di Hospital Umum Sarawak dan siasatan awal mendapati sebelum kejadian, suspek bergaduh dengan mangsa.

“Suspek dipercayai membuat kacau di sebuah asrama pekerja kerana berselisih faham dengan teman wanitanya. Suspek dan ketiga-tiga mangsa kemudian diberi amaran oleh penyelia asrama berkenaan supaya tidak membuat kecoh di asrama itu serta diminta beredar,” katanya.


Dev berkata kejadian itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan dan beliau meminta orang ramai supaya tidak berasa cemas.

“Identiti suspek sudah dikenal pasti dan kami sedang memburunya,” kata beliau sambil menjelaskan bahawa polis sedang mencari Patrick Buddy Siam, 30, dari Rumah Antas, Skrang, Sri Aman bagi membantu siasatan.

“Mereka yang mempunyai maklumat tentang individu itu diminta menghubungi balai polis terdekat. Semua maklumat akan dirahsiakan,” katanya. – BERNAMA

Kategori