Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

NGO Felda Sedia Bantu...

KUALA LUMPUR – Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) bersedia membantu kerajaan dan Lembaga...

Isteri, Anak Lelaki Azmin...

KUALA LUMPUR - Isteri dan anak lelaki Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali...

Terbukti Benar Kata-Kata Mahathir...

DULU Tun Dr. Mahathir Mohamad terkenal dengan kata-kata hikmat "Tidak ada kawan dan...

Sik Jadi Lokaliti Pertama...

Satu projek yang murni dan diharap akan berjaya.

Tidak Perlu PPS Kerana Negara Ada SRS

KUALA LUMPUR – Pasukan Peronda Sukarela (PPS) tidak diperlukan kerana kerajaan Persekutuan telah mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) sejak tahun 2012 bagi membantu pihak berkuasa membendung kegiatan jenayah dan gejala sosial dalam kawasan komuniti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, SRS beroperasi dalam Kawasan Rukun Tetangga dengan menggalakkan penglibatan secara langsung masyarakat berumur 18 tahun ke atas.

Justeru, katanya, tindakan kerajaan Pulau Pinang mewujudkan PPS tidak kondusif untuk mewujudkan perpaduan kerana boleh mewujudkan konflik serta menjejaskan keharmonian masyarakat.

“SRS untuk mereka yang berminat secara sukarela serta mempunyai komitmen dan rasa tanggungjawab dalam mengawal dan menjaga kediaman dalam pelaksanaan aktiviti rondaan sukarela.


“Matlamat akhir pelaksanaan SRS adalah menjadikan keadaan kawasan perumahan penduduk dalam keadaan aman, sejahtera dan harmoni,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Joseph turut menegaskan, SRS adalah inisiatif kerajaan Pusat yang dilakukan secara terancang dan tersusun sejak Rukun Tetangga ditubuhkan pada tahun 1975 dan semua anggota skim itu membuat rondaan secara sukarela demi keselamatan dan kepentingan komuniti setempat.

Malah, katanya, untuk memastikan kejayaan skim itu, Rukun Tetangga dan SRS sentiasa mengadakan kerjasama dengan agensi kerajaan dan badan bukan Kerajaan (NGO) berlandaskan undang-undang dan Akta Rukun Tetangga sejak tahun 2012.

  • Lagi berita berkaitan:
  • PPS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori