Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kurangkan Jangkitan Dalam Masyarakat,...

KUALA LUMPUR - Penularan dan jangkitan Covid-19 dalam masyarakat akan memberi peluang kepada...

Pari Gergasi 305 Kilogram...

TUAH... Seorang nelayan di Kampung Kuala Nyalau, Bintulu, Sarawak berjaya 'menawan' dua ekor...

MITI Jamin Tiada Lagi...

TANGKAK : Kerajaan memberi jaminan tidak akan menutup mana-mana sektor ekonomi, terutamanya industri...

2 Pusat Pemindahan Sementara...

KUANTAN - Dua pusat pemindahan sementara dibuka di Temerloh dekat sini, lewat malam...

Tidak Ada Peningkatan Pesakit Berkaitan Jerebu – KP Kesihatan

PUTRAJAYA – Pemantauan berterusan Kementerian Kesihatan di 17 klinik kesihatan menunjukkan tidak ada peningkatan pesakit asma, jangkitan saluran pernafasan dan konjunktivitis di kawasan yang dilanda jerebu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 5,070 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan pada minggu ke-35 (30 Ogos-5 Sept) berbanding 6,502 kes pada minggu ke-34 (23-29 Ogos).

Kes asma dan konjunktivitis pula masing-masing 736 kes direkodkan pada minggu ke-35 berbanding masing-masing 837 kes pada minggu sebelumnya, katanya.

Berikutan keadaan jerebu kini, beliau menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah serta menggunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai jika terpaksa berada di luar.

“Langkah pencegahan itu bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat pencemaran udara itu.


“Pastikan udara di dalam rumah atau bangunan sentiasa bersih dengan mengurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok, menggunakan pendingin hawa dengan memilih operasi kitaran udara dalaman apabila memandu dan banyakkan minum air kosong,” katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Beliau juga menasihatkan orang ramai membasuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas menghadiri aktiviti luar dan memasang alat pendingin hawa dan penapis udara di rumah jika mampu.

Setakat pukul 11 pagi ini, tahap kualiti udara di Kuching, Samarahan dan Sri Aman di Sarawak masih tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus meningkat.

Sebanyak 20 kawasan lain di seluruh negara pula mencatatkan bacaan IPU sederhana manakala 29 lagi berada pada tahap baik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori