Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

DBP Meterai MoU Dengan...

KUALA LUMPUR - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli...

Ali Rustam Yakin Peluang...

PARLIMEN Bukit Katil yang diberikan nama baharu Hang Tuah Jaya selepas persempadanan semula...

“Syarat Baru E-hailing Tak...

PETALING JAYA - Pemandu kelainan upaya perkhidmatan e-hailing mengadu berdepan kesukaran dengan keputusan...

Sultan Pahang Minta Rakyat...

PEKAN - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menyeru agar rakyat menolak perjuangan militan...

Tiada Unsur Jenayah Pelajar Lemas Di Kolam Renang

KUANTAN – Polis mengesahkan tiada unsur jenayah atau kecuaian dalam kematian seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun yang ditemukan lemas di kolam renang awam Kompleks Wisma Belia, Indera Mahkota di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata siasatan ke atas keluarga Mohd Najmi Safik Affendi, 11, yang menyaksikan kejadian itu memberitahu mangsa diserang sawan menyebabkan beliau terjatuh ke dalam kolam tersebut pada 5 petang.

“Keluarga mangsa memaklumkan beliau memang menghidap sawan sejak kecil. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Aziz menambah mangsa yang merupakan pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing di sini, ke kolam itu yang mempunyai kedalaman satu meter untuk mandi bersama beberapa anggota keluarga.


Beliau menambah jenazah mangsa telah dituntut untuk dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Padang di sini, semalam. – BERNAMA

Kategori