Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mohamad Nordin Dilantik KP...

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad...

Malaysia Deaf Tigers Intai...

KUALA LUMPUR - Bagi melayakkan beraksi di Kejohanan Bola Sepak Dunia Orang Pekak...

Mahkamah Tolak Permohonan Zahid...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan pasukan pembelaan Datuk Seri...

Perhimpunan Red26 Bukan Sebab...

TAWAU - Perhimpunan RED26 di Tawau semalam bukan didalangi parti politik atau individu...

Khidmat Kaunseling: Tiada Tempoh Ditetapkan

PUTRAJAYA – Tiada tempoh tertentu ditetapkan untuk waris mangsa pesawat malang Malaysia Airlines MH17 mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kata Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

“Apabila waris berkenaan menghubungi, kaunselor akan sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat kaunseling,” katanya.

Rohani berkata enam waris MH17 dilaporkan berhubung dengan kaunselor masing-masing untuk meluahkan rasa sedih ekoran liputan meluas media semalam sempena genap dua tahun tragedi berkenaan.

“Mereka menghubungi kaunselor lewat petang dan malam semalam untuk meluahkan perasaan kerana berasa sedih. Kesemua mereka diberikan kaunseling segera.

“Ada yang mendapatkan khidmat kaunselor untuk anak mereka yang masih sukar menerima hakikat sudah kehilangan orang tua,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri di pejabatnya hari ini.

Pesawat MH17 jenis Boeing B777, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, ditembak jatuh di Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014.


Rohani berkata kementeriannya juga sedang mengatur pertemuan antara waris mangsa MH17 dengan tiga menteri sekali gus iaitu beliau sendiri, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku bekas pemangku Menteri Pengangkutan.

“Ini kerana apabila waris mangsa MH17 bertemu saya mereka membangkitkan pelbagai soalan termasuk yang di luar bidang kuasa saya seperti bayaran pampasan seterusnya dan sebagainya. Jadi lebih mudah atur pertemuan dan libatkan kesemua menteri yang bertanggungjawab,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori