Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rusia Mula Kurangkan Tentera...

SOCHI - Tentera Russia akan mengurangkan pembabitannya di Syria tahun ini kerana sudah...

“Rindu Tapi Untuk Kembali...

KERINDUAN pelakon dan pengarah, Dira Abu Zahar terhadap dunia lakonan tidak pernah terpadam,...

Ahli Parlimen Kanada Ini...

SEORANG ahli parlimen Kanada Mark Holland mengejutkan seluruh dunia apabila mengakui turut berpuasa...

Kutuk Pelancaran Peluru Berpandu...

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara...

Tiada Syarikat Mohon Guna Produk Berasaskan Ganja

KUALA LUMPUR – Tiada syarikat yang memohon dengan Kementerian Kesihatan setakat ini untuk didaftarkan sebagai syarikat yang menggunakan produk berasaskan ganja untuk tujuan perubatan, kata Timbalan Menterinya, Dr. Lee Boon Chye.

“Bertahun-tahun dahulu ada sebuah syarikat asing yang berdaftar dengan kementerian untuk mengimport produk berkenaan.

“Tetapi saya rasa syarikat itu tidak memperbaharui lesen. Jadi buat masa sekarang belum ada,” katanya selepas melancarkan platform dalam talian ‘OurCheckup’ di sini semalam.

Terdahulu, Boon Chye melancarkan OurCheckup yang dibangunkan oleh iHeal Group Sdn. Bhd. sebuah repositori data dalam talian yang menyimpan data kesihatan yang dikumpulkan melalui peranti pengumpulan data.

Menurut Boon Chye lagi, penggunaan produk kesihatan yang berasaskan ganja perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Kementerian sebelum boleh dipasarkan secara terbuka.

“Mereka yang ingin menggunakan produk berasaskan ganja mesti mengemukakan formula itu kepada bahagian farmasi untuk didaftar sebagai ubat sebelum boleh digunakan.


“Apabila permohonan dikemukakan, bahagian farmasi akan mempertimbangkan sama ada formulasi itu berkesan dan selamat mengikut indikasi yang ditetapkan sebelum diluluskan untuk kegunaan,” jelas beliau.

Bernama kelmarin melaporkan bahawa Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Nadzim Johan telah meminta pihak berkuasa untuk menerima penggunaan produk berasaskan ganja yang diimport untuk tujuan perubatan. – BERNAMA

Kategori