Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Amaran Ribut Petir Di...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia pada Ahad mengeluarkan amaran, ribut petir yang...

Dera Bayi: Wanita Dan...

KUALA LUMPUR – Ibu kepada seorang bayi perempuan berusia 10 bulan dan teman...

Anifah Hadiri Debat Terbuka...

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memulakan lawatan kerja tiga...

Mufti Perlis Dikecam Netizen...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin dikritik netizen kerana memperlekehkan kemudahan...

Tiada Pelan Tindakan Urus Konflik Dalam Parti

KOTA TINGGI – Kepimpinan Pas Pusat dilihat seperti tiada pelan tindakan dalam mengurus terutamanya konflik dalam parti, kata Ketua Pemuda Pas Suhaizan Kaiyat hari ini.

Justeru itu, beliau menggesa agar Majlis Syura Ulama diperteguh agar boleh terus memandu parti itu supaya ia tidak tersasar dari landasan syara’.

Beliau berkata pengurusan krisis dalam Pas bagi memperkasa parti itu adalah satu kemestian pada waktu ini.

“Kita juga perlu sedar bahawa musuh-musuh kita sudah mengenalpasti ‘lubuk’ kita untuk terus dimanipulasi bagi melemahkan parti.

“Oleh kerana itu, aspek pengurusan krisis dalam parti perlu dimantapkan segera,” katanya ketika berucap pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia ke-55 yang bertemakan “Memperkukuhkan Muafakat” di Dewan Choon Moi, di sini.

Suhaizan turut melahirkan kebimbangannya terhadap sokongan terhadap parti itu terutamanya di kalangan generasi muda yang dilihat semakin menurun.

Ini jelas dilihat di mana Pas hanya mampu bertahan sepenggal sahaja di Kedah dan Terengganu, masih-masing, selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke 13 dan ke 10, kata beliau.

“Kekalahan ini bukan sahaja memberi imej tidak baik kepada Pas di Kedah malah seluruh negara,” kata Suhaizan.


Beliau berkata hasil post-mortem parti mengenai prestasi Pas dalam PRU yang lepas mendapati punca utama kekalahan di Kedah adalah disebabkan masalah dalaman yang gagal diurus dengan baik, menyebabkan akhirnya dihukum rakyat.

Selain itu, sokongan pengundi yang tinggal di Kelantan turut merosot bawah 50 peratus, dengan parti itu hanya memperolehi kemenangan dengan sokongan anak Kelantan di perantauan yang balik mengundi.

“Ini adalah satu isyarat bahawa rakyat tempatan Kelantan tidak berpuas hati dengan prestasi kepemimpinan kita. Kita juga bimbang sekiranya anak Kelantan di perantauan tidak lagi pulang mengundi di negeri kelahiran mereka sendiri atas pelbagai sebab,” kata Suhaizan.

Beliau mengakui sokongan terhadap Pas di Kelantan masih berterusan kerana faktor ketokohan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kini Tok Guru (Nik Aziz) tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan dan Pas belum teruji kekuatannya dalam PRU tanpa faktor Tok Guru. Keadaan ini sangat membimbangkan,” kata Suhaizan.

Beliau berkata perancangan rapi perlu dilaksanakan di Kelantan bagi menguruskan masalah dalaman parti itu dan membawa perubahan sebagaimana kehendak rakyat di samping menunaikan janji pilihan raya.

Muktamar itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu.  – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori