Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bunuh Kucing Di Kedai...

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan tiga lelaki dipercayai warga tempatan berhubung kes...

Kimanis Kekal Milik BN,...

BEAUFORT - Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis menerusi kemenangan calonnya, Datuk...

Perkhidmatan Tren KTM Berhad...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan KTM Komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) melibatkan beberapa...

Singapura Haramkan Lagu Jolin...

Singapura - Kerajaan Singapura telah mengharamkan muzik video penyanyi pop Taiwan, Jolin Tsai...

Tiada Militan IS Pergi Ke Iraq Menerusi Malaysia – Duta Iraq

KUALA LUMPUR – Tiada ‘pejuang jihad’ Negara Islam (IS) yang memasuki Iraq secara terus menerusi Malaysia, kata Duta Iraq ke Malaysia, Prof Dr Basim Hattab Al-Tumma.

Beliau berkata ini kerana kedutaan tersebut mengenakan protokol memproses visa yang sangat ketat bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang memasuki negara tersebut dan menyertai pejuang IS.

Visa hanya dikeluarkan kepada pegawai kerajaan dan kakitangan Petronas yang bekerja dalam industri minyak dan gas di Iraq, katanya kepada Bernama.

Dr Basim berkata Iraq juga merasa prihatin sebagaimana kerajaan Malaysia dan tidak mahu melihat pemuda Malaysia diseleweng untuk menyertai pergerakan jihad yang bertentang dengan Islam.

Beliau berkata ia dapat membantu sekiranya Malaysia membuka semula kedutaan di Baghdad, agar boleh memantau rakyat Malaysia di Iraq.

Kini kedutaan Malaysia di Jordan turut meliputi Iraq.

Dr Basim berkata bertentangan dengan laporan media, kerajaan Iraq menguasai penuh keadaan di utara negara itu dan pejuang Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) hanya terbatas di kawasan kecil berdekatan Mosul.

“Kemaraan mereka menuju Baghdad telah dapat disekat,” katanya.


Beliau berkata polisi negaranya kini ialah mengeratkan hubungan dengan semua negara dunia.

“Perlembagaan baharu kami tidak mendiskriminasi golongan syiah, sunah, kristian dan yahudi serta membenarkan rakyt kami bebas beragama,” katanya.

Dr Basim berkata Iraq akan memainkan peranan penting dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membantu menyatutupadukan masyarakat Islam.

Beliau berkata negaranya turut menggalakkan syarikat Malaysia menyertai pembangunan di Iraq.

“Kami mahu melaksanakan projek pembangunan infrastruktur besar dan syarikat Malaysia boleh mengambil manfaat daripadanya,” tambah beliau.

Kini hanya Petronas yang aktif menyertai sektor petro-gas di Iraq. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori