Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ajaib Tiada Masjid Rosak...

KATHMANDU - Meskipun digegarkan dengan gempa sekuat 7.9 skala Richter pada 25 April...

A Aida ‘Blacklist’ Ruhainies...

KUALA LUMPUR: Penerbit terkenal, Datuk A Aida mendedahkan dia sudahpun 'blacklist' (senarai hitam)...

710 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Jumlah positif Covid-19 di Malaysia menunjukkan penurunan dengan 710 kes...

PRU-15 Mungkin Penggal Terakhir...

GUA MUSANG : Penyandang kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku...

Tiada Lagi Istilah Negro Dalam Tentera AS

WASHINGTON DC – Selepas setahun diwartakan secara rasmi oleh biro bancian Amerika Syarikat (AS), pentadbiran tentera darat kuasa besar dunia itu mulai minggu lalu tidak lagi menggunakan perkataan Negro bagi rujukan rakyat berkulit hitam dari benua Afrika.

Perkara itu disahkan jurucakap tentera darat AS, Leftenan Kolonel Alayne Conway sebagai mengulas kewujudan perkataan Negro yang masih lagi diguna pakai pasukan keselamatan tersebut dalam pekeliling rasmi polisi perintah tentera darat dikenali sebagai AR-600-20.

Isu itu mula didedahkan stesen televisyen terkemuka CNN pada Khamis minggu lalu selepas dimaklumkan pekeliling am askar AS terus merujuk istilah Haitian dan Negro bagi menerangkan kaum untuk anggota tentera berkulit hitam dari pulau Haiti dan benua Afrika.

Ia sekali gus bertentangan dengan dasar biro bancian AS yang sejak tahun lalu telah pun memansuhkan dua istilah rujukan kaum itu digantikan dengan perkataan Black dan African American yang seterusnya diikuti semua agensi dan jabatan kerajaan seluruh negara.


“Kami sudah diberitahu mengenai perkara ini dan segera bertindak menukar kedua-dua istilah rujukan kaum itu dalam AR-600-20 yang sebenarnya adalah diambil daripada bahasa lama tentera sendiri,” kata Conway menerusi kenyataan kepada semua media tempatan.

Pihak pentadbiran tentera turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung ekoran penggunaan dua perkataan tersebut dan menegaskan, pasukan keselamatan tidak berniat menimbulkan penghinaan berbaur perkauman dalam polisi mereka. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori