Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

3 Kes Import Baharu...

TERDAPAT lima kes pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan...

KKM Kutip Kompaun RM73,000...

TEMERLOH - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperoleh kompaun berjumlah RM73,000 daripada 292 perokok...

‘Hari Kemenangan’ Single Terbaru...

PENYANYI Nombor 1 tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin melalui laman sosialnya mengumumkan...

Albino Mangsa Ritual Jalani...

KANAK-kanak Albino yang telah dipotong lengan mereka di ritual sihir Tanzania kerana dianggap...

Tiada Kompromi Jika Ibu Bapa Abai Anak – Polis

JOHOR BAHRU – Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ibu bapa yang didapati melakukan pengabaian terhadap anak mereka yang mana mereka boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian tiga kanak-kanak yang ditinggalkan ibu bapa mereka di Larkin Perdana, di sini, semalam.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis berkaitan kejadian itu, namun akan melakukan pemantauan kes berkenaan.

“Kita boleh ambil tindakan terhadap kedua ibu bapa kanak-kanak berkenaan dan kita boleh buat laporan berdasarkan video kanak-kanak tersebut yang tular dalam media sosial semalam.

“Ini merupakan kes yang menyentuh sensitiviti masyarakat terutamanya kanak-kanak, jadi kita tidak boleh berkompromi dengan kes sebegini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Boling Piala Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Negeri Johor, di Kompleks Daiman Bowl, di sini, hari ini.


Jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 31, boleh membawa hukuman denda RM50,000 dan 20 tahun penjara bagi kesalahan mendera, mengabaikan dan menganiaya kanak-kanak.

Dalam kejadian semalam, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyelamatkan tiga beradik, dua perempuan dan seorang lelaki, berusia setahun hingga enam tahun yang dipercayai menjadi mangsa pengabaian ibu bapa mereka.

Ketiga-tiga mereka ditinggalkan di sebuah bilik sewa rumah kedai tanpa pengawasan orang dewasa dan bekalan makanan secukupnya. – BERNAMA

Kategori