Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MASEU Rancang Tubuh Koperasi...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) merancang menubuhkan koperasi bagi...

Pengguna Perlu Buang Sikap...

KUANTAN - Pengguna di negara ini digesa membuang sikap prejudis terhadap kualiti produk...

Ahmad Zahid Tiba Di...

JAKARTA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di...

Lelaki Cari Lembu Hilang...

BESUT - Seorang penternak lembu ditemui mati di kawasan kebun kelapa sawit dekat...

Tiada Kebenaran Anjur Perarakan Luar Biasa Iringi Mayat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana kumpulan, berdaftar atau tidak berdaftar termasuk kongsi gelap, untuk menganjurkan perarakan mengiringi mayat pemimpin mereka, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata permit atau kebenaran hanya diberikan kepada perarakan biasa mengiringi mayat yang tidak mengganggu ketenteraman awam atau kesesakan lalu lintas.

Namun PDRM tidak pernah memberikan kebenaran kepada perarakan ‘luar biasa’ yang dilakukan oleh kumpulan tertentu atas sebab kematian pemimpin mereka, kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.

“Kes perarakan yang berlaku itu masih dalam siasatan. Kita ingin tahu siapa penganjurnya. Tindakan perundangan akan dilakukan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.


Baru-baru ini satu upacara perarakan besar membawa mayat ke tempat persemadian dilakukan dan dihadiri lebih 1,000 orang di Pulau Pinang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PDRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori