Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Penyokong Myanmar Dipukul, Ini...

TULAR sejak semalam menerusi laman sosial apabila dua orang penyokong Myanmar teruk dibelasah...

Pusat Pengumpulan PPK Kuala...

BANTING - Pengwujudan pusat pengumpulan hasil ladang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat...

UMNO Atur Strategi Tawan...

KUANTAN - UMNO Bahagian Kuantan yakin mampu menawan kembali kerusi Parlimen Kuantan yang...

Fahmi Kemuka Usul Pinda...

Ahli Parlimen Lembah Pantai dari PKR Fahmi Fadzil mengemukakan notis usul kepada Dewan...

Tiada Kebakaran Pada Pusat Penginapan Jemaah Malaysia – TH

LEMBAGA Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataannya hari ini menafikan dakwaan berlakunya kebakaran di sebuah bangunan penginapan milik TH di Mekah, Arab Saudi.

Pengesahan itu dibuat TH menerusi laman Facebooknya awal pagi tadi.

“Terdapat berita kebakaran bangunan penginapan Jemaah Haji negara Asia di Mekah.

“TH ingin memaklumkan bahawa tiada kebakaran berlaku di bangunan penginapan Jemaah Haji Malaysia,” jelas TH.

Terdahulu, Emirates247 melaporkan berlakunya satu insiden kebakaran di tingkat lapan hotel Al Azizyiah pada Khamis.


Susulan itu, seramai 1,028 jemaah haji dari negara-negara Asia yang menginap di bangunan tersebut terpaksa dipindahkan.

Difahamkan, kejadian berpunca akibat lupa menutup elektrik periuk nasi.

Pada minggu lepas, sekurang-kurangnya 108 jemaah terkorban apabila sebuah kren pembinaan tumbang di Masjidil Haram. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=jhbSRXszELg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori