Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Mustapa Diberi Mandat Runding...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi mandat...

Kerajaan Baharu Digesa Tarik...

PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa menarik balik...

Sebelum Di AirAsia, Kapten...

Memetik kenyataan daripada Kompas.com, sebelum Kapten Irianto menjadi juruterbang di AirAsia, beliau pernah...

‘Penampakan’ Di Fun Fair...

SEBUAH rakaman video serta beberapa keping gambar yang memaparkan 'penampakan' rambut panjang mengurai...

Kebakaran Hutan Di Simpang Pulai Telah Padam

IPOH – Kebakaran hutan di Kilometer 45, Jalan Simpang Pulai berhampiran Kampung Raja, Cameron Highlands, kira-kira 70 kilometer dari sini yang berlaku tengah hari semalam telah berjaya dipadamkan.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Ruhisha Harris hari ini berkata pihaknya bagaimanapun masih memantau rapi keadaan kawasan kebakaran itu yang melibatkan hutan seluas 10.11 hektar.

Beliau berkata pemantauan lokasi kebakaran dilakukan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai Rozmi Che Hamat dengan bantuan masyarakat Orang Asli Kampung Pos Raya.

“Cuma asap dan tunggul serta saki baki bara yang tinggal,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Ruhisha berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 1.47 tengah hari semalam dan sepasukan 12 anggota serta empat pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata operasi memadam kebakaran itu yang turut dibantu oleh masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan dihentikan sementara pukul 10 malam tadi.


“Anggota bomba menghadapi kesukaran untuk memadamkan kebakaran kerana ia merupakan kawasan berbukit dan agak curam.

“Selain itu, (liputan) talian telefon dan girn (Rangkaian Trunk Radio Bersepadu Kerajaan) iaitu alat komunikasi juga terhad di kawasan tersebut,” katanya.

Ruhisha berkata punca kebakaran masih disiasat. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]E0RFqghmz-o[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori