Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jabatan Imigresen Distruktur Semula

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen kini dalam proses melakukan penstrukturan semula untuk menjadi sebuah...

Lebih 200 Pati Ditahan...

IPOH - Sebanyak 220 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam sekatan jalan...

China Hargai Usaha Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kerajaan China menghargai usaha tanpa jemu kerajaan Malaysia untuk mengesan...

SKMM Tahan, Siasat Lelaki...

KUALA BERANG - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menahan seorang lelaki bagi...

Tiada Had Demi Keselamatan Penumpang Bas

PETALING JAYA – Keselamatan penumpang merupakan keutamaan bagi syarikat-syarikat bas yang tidak mahu tragedi malam Krismas pada tahun lalu yang mengorbankan 14 nyawa berulang.

Kini syarikat terbabit menyahut seruan untuk memasang Alat Had Kelajuan (SLD) bagi setiap bas bagi meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan.

Alat tersebut bagi memastikan bas ekspres tidak dipandu melebihi had laju 90 kilometer sejam.

Berdasarkan perancangan, semua bas ekspres perlu dilengkapi peralatan tersebut sebelum tahun 2020 tetapi difahamkan kebanyakan kenderaan itu sudah memilikinya.

Presiden Persatuan Pengendali Bas Semenanjung Malaysia, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, kebanyakan syarikat bas kini mengkaji semula laluan bas untuk memastikan tahap keselamatan penumpang terjamin.

Jelasnya, bas lama yang tidak memiliki SLD akan diberikan laluan yang lebih pendek atas faktor keselamatan.

“Bas yang dipasang SLD akan digunakan untuk perjalanan jarak jauh,” katanya.

Selain itu, syarikat bas juga boleh memantau operasi bas dari ibu pejabat menggunakan sistem kedudukan global (GPS).

“Kita boleh mengesan kedudukan bas dan kelajuan kenderaan tersebut. Jika kelajuan tidak dipatuhi, kami akan mengetahuinya.


“Kita juga akan menghantar laporan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat apabila diminta berbuat demikian,” katanya.

Mohamad Ashfar berkata, syarikat bas berusaha untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kualiti tetapi sebagai balasan, kerajaan perlu membantu mereka.

Ujarnya, kebanyakan syarikat tidak mampu menggantikan bas lama dengan tempoh singkat memandangkan kos operasi yang semakin meningkat.

Tambahnya, tambang bas juga tidak dinaikkan sejak 2009 dan berharap kerajaan boleh menyemak semula hal tersebut.

“Dengan pelaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) serta kejatuhan nilai ringgit, kos operasi syarikat bas kian meningkat.

“Kami berharap kerajaan mengkaji semula kadar tambang supaya proses menukar bas yang lebih besar, selesa dan baik dilengkapi teknologi moden dapat disegerakan,” katanya. – mStar Online

Kategori