Tiada Arahan Kemas Kini Biodata Guru 2018

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin telah mengeluarkan arahan secara bertulis atau lisan untuk mengemas kini biodata guru sekolah menengah kebangsaan di seluruh negara, seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Dalam kenyataan hari ini, KPM berkata para guru dan kakitangan sekolah yang menerima surat atau borang Kelengkapan Biodata Guru Tahun 2018 diminta mengabaikannya dan tidak memberikan sebarang maklumat atau data peribadi seperti yang diminta.

“Pihak kementerian percaya data peribadi ini akan digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk keuntungan masing-masing. Justeru, satu laporan polis akan dibuat berhubung perkara ini,” katanya. – BERNAMA

Loading...