Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Anggota APM Selamatkan Mangsa...

JASIN - Enggan berpindah kerana hendak jaga rumah, tidak percaya air naik ke paras...

Hormati Ramadan, Elak Perbuatan...

LIPIS - Umat Islam diingatkan supaya menghormati kehadiran Ramadan dengan tidak membuat fitnah,...

Ketua Pemuda PAS Cemas...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat cukup cemas...

PRK Rompin & Permatang...

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang...

Tiada Aktiviti Perjudian Komputer Di Silibin, Ipoh

IPOH – Tiada sebarang aktiviti judi berkomputer di Silibin, di sini sebagaimana didakwa Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch), Datuk Seri Sanjeevan Ramakrishnan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Yahya Abd Rahman berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh telah melakukan serbuan ke atas premis berkenaan kira-kira pukul 9 malam tadi, namun mendapati tiada sebarang kegiatan perjudiaan.

Beliau berkata pihaknya turut menempatkan anggota untuk terus memantau premis tersebut.

“Kita minta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah atau premis judi agar membuat laporan kepada pihak polis dan tidak sekadar menularkannya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sanjeevan menerusi akaun Twitternya memuat naik beberapa status mengenai premis perjudian di Perak termasuk mendakwa wujud premis judi di Silibin yang didakwa ‘gagal dikesan’ oleh polis serta beroperasi 24 jam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata semasa serbuan pihaknya mendapati premis itu berkunci dan tiada sebarang aktiviti perjudian berlaku.

“Tiada tangkapan atau rampasan dibuat. Pihak polis akan sentiasa memantau sebarang kegiatan seumpama ini daripada berlaku,” katanya. – BERNAMA

Kategori