Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

GAMBAR : Likas Banjir...

Dikhabarkan hari ini, di kawasan sekitar Likas, Sabah telah berlaku banjir kilat berkemungkinan...

Pelakon Nas-T Akui Sudah...

PELAKON yang juga DJ dan pemuzik, Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar...

Protes Oktoberfest, Jamal Pecah...

SHAH ALAM - Pemimpin kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mencetuskan...

Polis Edar Lakaran Wajah...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang...

Theresa May Mahu EU Bersatu Menentang Rusia

LONDON – Perdana Menteri Britain, Theresa May mendesak pemimpin Kesatuan Eropah (EU) untuk bersatu bagi menentang ancaman Russia yang dijangka berterusan selama beberapa tahun, berikutan serangan agen saraf di Britain.

Dalam sidang kemuncak EU di Brussels, May berkata, cubaan membunuh bekas perisik Russia yang belot, Sergei Skripal di Salisbury di selatan England, boleh berlaku di mana sahaja dan beliau mendakwa Russia bertanggungjawab terhadap insiden itu.

“Cabaran daripada Russia adalah antara yang perlu kita hadapi untuk tempoh beberapa tahun akan datang,” kata pejabat May mengenai ucapan yang bakal disampaikan oleh perdana menteri itu kepada pemimpin EU dalam satu majlis makan malam,

hari ini.

May juga dijangka berkata: “United Kingdom akan terus mempertahankan sistem demokrasi yang menjadi pegangan masyarakat Eropah dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan bersama-sama menentang ancaman ini. Bersatu kita akan berjaya”.


Susulan insiden pada 4 Mac itu, Britain bertindak mengusir 23 diplomat Russia yang dipercayai bertugas sebagai perisik.

Difahamkan, Britain turut mendesak sekutu Eropah mereka untuk mengambil tindakan yang sama. – AFP/BH ONLINE

Kategori