Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Masih Mahu Berlakon Di...

HULU KLANG - Pelakon, Mira Filzah, akan tetap menerima undangan berlakon drama bersiri...

Azizulhasni Tarik Diri Acara...

BRISBANE – Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang menarik diri daripada acara...

Warga Emas Perlu Ditemani...

KUALA LUMPUR — Warga emas perlu ditemani oleh waris atau anggota keluarga ketika...

BERSATU Akan Bincang Isu...

PUTRAJAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan membincangkan isu penahanan Ahli Dewan...

TH Sentiasa Utamakan Aspek Keselesaan, Kebajikan Jemaah

MAKKAH – Tabung Haji (TH) sentiasa memberi penekanan terhadap keselesaan dan kebajikan para jemaah haji Malaysia, kata Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Johan Abdullah.

Beliau berkata untuk itu pihak TH sentiasa mengadakan perbincangan dengan muassasah di sini dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji Malaysia.

“Dari segi kebajikan dan keselesaan amat kita tekankan dengan keadaan di Makkah dan Madinah yang sedang dalam proses pembesaran, menyebabkan keselesaan agak kurang sikit.

“Tapi kita sentiasa pantau dan bekerjasama dan sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak muassasah di sini untuk cuba mengatasi apa juga permasalahan yang timbul,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Kanan Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Pengerusi Muassasah Asia Tenggara Mustafa H. Damanhouri.

Johan sebelum itu mengadakan perbincangan dengan Mustafa mengenai persiapan kedua-dua pihak menghadapi musim haji tahun ini.


Beliau berkata antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai pengambilan petugas musim haji.

“Selain itu, kita turut membincangkan soal alat pendingin hawa, kalau boleh di Mina dan Arafah alat pendingin hawa hendaklah dipastikan sentiasa berada dalam keadaan baik. Satu lagi tentang makanan sejuk beku iaitu dipanaskan sebelum diberi kepada jemaah haji untuk dimakan,” katanya.

Mengenai Hospital Aziziah di sini, ia telah beroperasi hampir 20 tahun dan memerlukan penambahbaikan, katanya.

“Berikutan itu, kita akan pindah ke tempat sementara. Tetapi dari segi kemudahan di hospital itu ia masih lagi berada dalam keadaan baik. InsyaAllah sebelum musim haji ini ia akan siap. Hospital tersebut turut menyediakan 20 buah ambulans khas untuk Tabung Haji,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori