Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Jaga Bunga Dipetik Orang,...

MELAKA - "Jaga bunga daripada dipetik orang dan pada masa sama cuba sunting...

Zul Huzaimy, Isteri Timang...

ALHAMDULILLAH, tahniah diucapkan kepada Zul Huzaimy yang baru sahaja selamat menimang cahaya mata...

Kecoh Di Pasir Salak,...

PASIR SALAK: Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Salak kecoh seketika apabila sekumpulan lelaki menyerbu...

Martabatkan Bahasa Melayu Di...

PUTRAJAYA - Universiti di negara ini perlu memartabatkan Bahasa Melayu dalam aspek pengajaran...

TH, Bank Islam Serah Zakat RM2.2 Juta Kepada PZNS

SEREMBAN – Lembaga Tabung Haji (TH) dan Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM2.2 juta kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) di sini, hari ini.

Penyerahan zakat itu masing-masing dilakukan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah dan Pengerusi Bank Islam, Datuk Zamani Abdul Ghani kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Turut hadir Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Johani Hassan, Setiausaha MAINS, Kamal Amran Kamarudin dan Pengurus Besar PZNS, Nor Azmi Musa.

Sementara itu, Nor Azmi berkata kutipan zakat harta di Negeri Sembilan bermula Januari lepas hingga kini berjumlah RM22 juta. – BERNAMA

Kategori