Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Shanshan ‘Diva-9-Gol’ China

SHANGHAI – Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Mohamed Salah sila beri laluan. Penyerang terhangat...

‘Kotak Telur Kena Bayar...

PETALING JAYA – Tular di media sosial sejak pagi tadi notis pemberitahuan memaklumkan...

Myanmar Dakwa Tiada Kubur...

YANGON - Myanmar menolak laporan wujud kawasan perkuburan besar di Rakhine, susulan tindakan...

Shopee Catat 12 Juta...

KUALA LUMPUR - Shopee, platform e-dagang utama di Asia Tenggara dan Taiwan, mencatatkan...

TGV Cinemas Tayang Final Bola Sukan SEA Percuma

SEJAK semalam, isu penjualan tiket perlawanan akhir bola sepak menjadi bualan hangat rakyat Malaysia.

Kebanyakannya bengang dengan ulat tiket yang mengambil kesempatan menjual semula tiket tersebut dengan harga yang sangat tinggi, malah ada yang mencecah sehingga ribuan ringgit!

Tiket perlawanan akhir berharga RM21.20 seperti mana yang diumumkan Kementerian Belia dan Sukan menerusi kenyataan medianya sebelum ini.

Namun tak usah risau, kalau tak dapat bersama-sama menyokong di stadium, anda masih lagi boleh memberikan sokongan kepada para pemain kita dengan menonton di rumah ataupun di kedai-kedai mamak yang menyiarkan big screen.

Kalau nak lebih kelainan, anda boleh mengunjungi lapan cawangan TGV Cinemas ini yang membuka hall secara percuma bagi menyaksikan perlawanan akhir itu.


Antara pawagam yang mengambil bahagian ialah TGV Cinemas di One Utama, Sunway Pyramid, Seremban 2, Bukit Tinggi, AU2 Keramat, Kinta City, 1st Avenue dan Tebrau City.

Jadi ayuh ramai-ramai serbu pawagam tengok bola! Good luck team Malaysia!MYNEWSHUB.CC

Kategori