Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

10 Soalan Untuk Peguam...

WALAUPUN Peguam Negara AS, Loretta Lynch dan Jabatan Keadilan AS (DOJ) telah mengeluarkan aduan...

Kuasa Majlis Penasihat Kerajaan...

MAJLIS Penasihat Kerajaan (atau sebenarnya penasihat Perdana Menteri?) semakin dicurigai peranan dan kuasa...

Penyamun Sasar Pemandu Wanita...

GOLONGAN wanita dan mereka yang memiliki kenderaan mewah perlu lebih berhati-hati apabila sekumpulan...

Masjid, Surau Disaran Adakan...

PUTRAJAYA - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan semua masjid, surau Jumaat...

Tetapkan Harga Paras Sebelum Kenakan Cukai Peniaga Dalam Talian

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menetapkan satu harga paras yang bersesuaian dengan hasil pendapatan tahunan mana-mana syarikat perniagaan dalam talian sebelum bercadang mengenakan cukai terhadap mereka.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata ia bagi memastikan tindakan mengenakan cukai itu tidak menghalang dan membebankan syarikat perniagaan dalam talian kecil dan sederhana yang rata-rata diusahakan oleh usahawan muda.

Beliau juga bimbang sekiranya dilakukan tanpa kajian mendalam, cadangan itu akan menjadi penghalang kepada pertumbuhan ekonomi yang dicapai melalui sektor berkaitan internet.

“Ramai usahawan muda yang pilih untuk menceburi perniagaan dalam talian bagi mengurangkan kos dan sekiranya kerajaan terlalu awal mengenakan cukai termasuk syarikat yang kecil dan baru ingin mulakan perniagaan saya risau akan halang pertumbuhan ekonomi dalam talian,” katanya selepas melancarkan program Jom Belajar Koding (JBK) di sini.

Jelas Khairy sekiranya cadangan itu ingin dilaksanakan, kerajaan perlu mengenakan cukai hanya kepada peniaga yang melebihi perolehan yang ditetapkan dan memberi pengecualian kepada peniaga kecil.

Semalam media melaporkan Kementerian Kewangan bercadang untuk mengenakan cukai kepada perniagaan dalam talian pada tahun depan selepas didorong oleh kemajuan yang dicapai sektor berkaitan internet.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dipetik berkata kementerian telah meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk melakukan penilaian penuh perkara berkenaan.


Terdahulu Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO dalam ucapannya berkata program JBK bermatlamat untuk mendedahkan anak muda Melayu khususnya di luar bandar kepada bahasa koding yang dianggap penting dalam bidang informasi dan teknologi pada masa hadapan.

Koding ialah bahasa pengaturcaraan yang diguna pakai dalam dunia digital.

Beliau percaya program anjuran Biro Professional Muda (BPM) Pergerakan Pemuda UMNO itu boleh meningkatkan kebolehpasaran orang muda yang berbakat dalam koding untuk bekerja atau diserap ke dalam program latihan intensif di agensi seperti Program Pemecut Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia ( MDeC).

Program itu yang sedang menjelajah ke Johor, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Terengganu dan Selangor menyasarkan 2,000 penyertaan anak muda yang berumur 18 hingga 30 tahun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori