Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

DAP Umum Barisan Calon...

DAP hari ini mengumumkan barisan calon bagi PRN Melaka.Antara calon adalah dua muka baru iaitu Muhamad Danish Zainudin dan Leng Chau Yen.Danish berdepan tugas sukar di DUN Pengkalan Batu, yang disandang Norhizam Hassan Baktee - bekas anggota parti itu.DAP juga meletakkan pengerusi negerinya Tey Kok Kiew di kerusi DUN yang agak berisiko iaitu Bemban.

KWSP, Uber Meterai MoU...

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman...

Tragedi Go-Kart: Sekelip Mata...

KUANTAN - "Semua begitu pantas. Tiba-tiba sahaja ada kereta meluru ke arah kami....

Jam Pintar Samsung Gear...

Samsung baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah lagi jam tangan pintar baru daripada mereka, dinamakan...

Tertuduh Ke-6 Mengaku Langgar Kereta Kevin Morais

KUALA LUMPUR – Tertuduh keenam dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais mengaku dia telah melanggar kenderaan dipandu Kevin Morais, Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu.

Pegawai Pasukan Khas Jenayah Terancam (STAFOC) Bukit Aman, ASP Badrul Hisyam Abd Hamid berkata tertuduh S. Nimalan, 23, memberitahunya ketika mereka dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, Kedah, ke IPD Subang Jaya, Selangor, pada awal pagi 16 September 2015, bahawa dia telah melanggar kenderaan yang dipandu Kevin Morais itu.

“Nimalan beritahu dia memandu kereta jenis Mitsubishi Triton berwarna hitam dan melanggar kereta dipandu Kevin Morais,” katanya ketika pemeriksaan semula Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes pembunuhan Kevin Morais, yang masuk hari ke-22, hari ini.

Badrul Hisyam, saksi pendakwaan ke-31, berkata beliau ada bertanyakan tertuduh kenapa melakukan perkara itu dan tertuduh menjawab dia diarahkan oleh tertuduh ketujuh dalam kes tersebut iaitu S. Ravi Chandaran, 45.

Saksi ke-32, pegawai STAFOC Bukit Aman, ASP Abdul Hanis Hairul Abdul Halim pula berkata Ravi Chandaran ada memberitahunya lokasi kereta Mitsubishi Triton yang digunakan untuk melanggar kereta dipandu Kevin Morais itu, ketika sesi soal siasat tertuduh di IPD Kuala Muda, pada 15 September 2015.

Ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Izzat Fauzan, saksi itu berkata hasil maklumat tersebut, beliau bersama lebih 10 anggota termasuk pegawai atasan Supt. Shazeli Kahar telah pergi ke satu kawasan perumahan di Lunas, Kulim, Kedah untuk merampas kenderaan berkenaan.

Selain itu, beliau berkata pada sesi soal siasat yang sama, tertuduh juga memberitahu lokasi dia membuang barang kes.


Muhammad Izzat berkata berdasarkan maklumat itu, beliau, Ravi Chandaran dan dua anggota Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sentul telah diarahkan ke sebuah sungai di Kuala Selangor untuk mencari barang kes tersebut pada 19 September 2015.

“Sampai di lokasi di Kilometer 46, Jalan Klang-Teluk Intan, atas jambatan, Ravi Chandaran telah dibawa keluar daripada kenderaan dan beritahu ‘tuan di sini tempat saya buang barang’,” katanya.

Saksi itu berkata anggota penyelam daripada Jabatan Pertahanan Awam yang melakukan operasi mencari di sungai tersebut telah menemui mesin pencanai di dasar sungai berkenaan.

Enam lelaki – G. Gunasekaran, 48, R. Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 23, M. Vishwanath, 26, Nimalan dan Ravi Chandaran, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Kol Dr. R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori