Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Bakar Ibu Mertua...

NIBONG TEBAL - Lelaki yang rentung dalam kebakaran rumahnya semalam dipercayai bertindak menyimpah...

Pos Laju Diiktiraf Terbaik...

KUALA LUMPUR – PosLaju memenangi Anugerah Kecemerlangan Malaysia Frost & Sullivan 2015 bagi...

GAMBAR: Pura-Pura Kenal Pesakit...

JANGAN disangka air yang tenang tidak ada buaya.Peribahasa ini amat sesuai digunakan untuk...

Insiden Maki Polis: Keith...

SEBAGAIMANA diketahui umum, Keith Foo telah diarahkan membayar denda sebanyak RM100 kerana memaki seorang...

Terengganu Catat 1,171 Kes Demam Denggi Bulan Ini

SETIU – Sebanyak 1,171 kes demam denggi telah dilaporkan di seluruh Terengganu sehingga 14 Okt lepas berbanding hanya 379 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2013, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Anwa Sulaiman.

Beliau berkata ia adalah peningkatan sebanyak 209 peratus dengan Kuala Terengganu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 767 kes, Dungun 88 kes, Besut 90 kes, Marang 87 kes, Kemaman 78 kes, Hulu Terengganu 46 kes dan Setiu 15 kes.

Dr Anwa berkata demikian dalam teks ucapan beliau yang dibacakan Pegawai Kesihatan Daerah Setiu, Dr Rohayati Muda semasa perasmian Program Gotong Royong Ayuh Gempur Aedes di Kampung Mangkuk dekat Penarik di sini hari ini yang turut disertai kira-kira 300 penduduk kampung itu.

“Sehingga 11 Okt lalu, sebanyak 186,367 buah premis telah diperiksa untuk pembiakan aedes di seluruh negeri Terengganu dan daripada analisa, kita dapati rumah kediaman atau kedai dan tanah lot kosong merupakan penyumbang utama tempat pembiakan aedes di Terengganu iaitu sebanyak 1,278 (0.68 peratus) dari premis yang dikesan menjadi tempat pembiakan, katanya.

Sehubungan itu beliau mengingatkan masyarakat agar melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong bagi membersihkan persekitaran rumah masing-masing dari bekas-bekas berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes untuk membasmi wabak itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori