Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Projek MRT Laluan 1...

KUALA LUMPUR - Projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) Laluan Satu (1) yang...

PAFA Akan Rayu Hukuman...

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan membuat rayuan susulan keputusan Jawatankuasa...

“Jangan Layan Pemain Macam...

ANTONIO Conte mengakui pengurus pasukan tidak boleh melayan anak-anak buah mereka seperti budak-budak...

Djokovic Tewas Mengejut Di...

PARIS - Novak Djokovic berdepan krisis terbesar dalam kariernya selepas kalah mengejut kepada...

Tengku Puan Pahang Sampai Sumbangan Mangsa Banjir

KUANTAN – Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang melawat mangsa banjir di Beserah, dekat sini hari ini, menzahirkan rasa syukur kerana negeri ini tidak menghadapi bencana banjir yang kritikal seperti di Terengganu dan Kelantan setakat ini.

Baginda bertitah Pahang hanya mencatatkan bilangan mangsa yang kecil untuk dipindahkan ke pusat pemindahan di daerah ini semalam berikutan kejadian banjir kilat dan mereka sudahpun dibenarkan pulang hari ini.

“Ini kes pertama di Pahang di mana orang ramai terpaksa berpindah ke  pusat pemindahan banjir semalam dan saya bersyukur kerana pihak yang berkaitan segera datang membantu.

“Saya pula pergi ke Lipis semalam dan agak menyesal tidak sempat balik ke sini untuk memasak kepada mangsa yang sudah dibenarkan pulang hari ini.

“Kepada semua jawatankuasa terlibat, saya ingin mengucapkan terima kasih bagi pihak Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah,” titah baginda kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Karang dekat sini, hari ini.

Pada majlis itu Tunku Azizah turut menyampaikan sumbangan kepada 39 mangsa banjir daripada sembilan keluarga dari Kampung Sungai Karang Pantai dan Kampung Sungai Karang Darat di Beserah bagi meringankan beban mereka.


Dalam pada itu, baginda menasihati rakyat untuk lebih berhati-hati ketika musim hujan ini dan segera berpindah ke pusat pemindahan sekiranya mendapati kediaman masing-masing dinaiki air.

“Kalau air naik, orang ramai perlu cepat-cepat beritahu supaya pihak berkaitan boleh membantu dan kita tidak mahu air sudah tinggi baru hendak berpindah.

“Alhamdulillah kejadian banjir hanya berlaku di Sungai Karang, cuma apa  yang kita takuti jika air di hulu seperti di daerah Temerloh, Raub dan Jerantut tinggi,” titah baginda. – BERNAMA

Kategori