Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ahmad Maslan Akur Arahan...

BUTTERWORTH - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan akur isu Cukai Barang dan...

Ferguson Jalani Pembedahan Kecemasan...

BEKAS pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson kini berada di unit rawatan rapi...

Lebih 15,000 Kedai Makan,...

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai...

Samsung Galaxy Note Hadir...

Samsung Malaysia pada bulan ini telah menambah sebuah lagi warna penawaran untuk Galaxy...

Tengku Abdullah Solat Jenazah MP Paya Besar

KUALA LUMPUR – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersama 200 jemaah menunaikan solat sunat jenazah anggota Parlimen Paya Besar, Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini, hari ini.

Solat sunat jenazah itu dipimpin anak lelaki tunggalnya Mohd Hannan.

Antara pemimpin yang hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ab Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abd Samad.

Jenazah allahyarham kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, di sini pada kira-kira 11.30 pagi.

Abdul Manan, 70, disahkan meninggal dunia di kediamannya di Taman Melawati, di sini, pada pukul 6.45 petang semalam akibat serangan jantung.

Allahyarham yang juga pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (myIPO) meninggalkan isteri Datin Seri Rohizah Ahmad dan enam orang anak serta 12 cucu.


Sementara itu, Rohizah, 65, berkata suaminya sering mengadu kepenatan dan tidak boleh tidur.

“Saya ada pesan dengan dia untuk membuat pemeriksaan kesihatan, namun arwah enggan kerana beliau mempunyai banyak kerja di pejabat.

“Tapi Alhamdullilah, pemintaannya ingin makan makanan kegemarannya asam pedas ikan pari dan pisang goreng dapat saya tunaikan. Dia sungguh berselera ketika menjamu lauk itu pada makan tengah hari semalam,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. – BERNAMA

Kategori