Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gagasan ‘Negara Rahmah’ Dibentang...

KOTA BHARU - Gagasan 'Negara Rahmah' iaitu konsep negara Islam moden yang berteraskan...

Malaysia Destinasi Pelancongan Islam...

ALOR GAJAH - Kajian sebuah portal pelancongan Islam, CrescentRating pada tahun lepas menunjukkan...

Rawatan Hemodialisis Mahu Diperluas...

GEORGE TOWN - Kementerian Kesihatan sedang dalam usaha memperluas perkhidmatan rawatan hemodialisis di...

Nurul Izzah Dijangkiti COVID-19

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesahkan dijangkiti COVID-19 dan tidak...

Tempat Perlindungan Remaja Hamil Luar Nikah Diabai Keluarga

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedia melindungi remaja mengandung luar nikah yang diabai keluarga.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim menegaskan perlindungan itu diberikan bukan bertujuan menggalakkan perbuatan mereka tetapi demi menjaga kebajikan dan keselamatan diri remaja terbabit.

“Ada kejadian yang mana ibu bapa yang tidak bersedia untuk menerima anak remaja mereka yang mengandung, maka ia merupakan tanggungjawab kementerian untuk memainkan peranan dalam situasi sebegini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Kem ‘Family with a Mission’ anjuran badan bukan kerajaan ‘Focus on the Family Malaysia’ di sini hari ini.

Mengulas laporan purata 4,500 kes membabitkan remaja yang mengandung luar nikah setiap tahun seperti yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan pada Khamis lalu, beliau berkata kementerian sudah pun mewujudkan rumah perlindungan kepada remaja yang terlibat.


Katanya selepas remaja berkenaan menjalani rawatan di hospital kerajaan, mereka akan dibawa ke tempat perlindungan serta diberi kaunseling oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Mereka akan terus bersekolah sementara bayi mereka dijaga oleh JKM dan kebiasaannya kami akan bertanya kepada mereka sama ada mereka mahu untuk menjaga sendiri bayi mereka atau sebaliknya,” katanya.

Kem tiga hari dua malam itu disertai oleh 125 peserta dari 30 buah keluarga yang terdiri daripada anak-anak dan ibu bapa bagi menjalankan pelbagai aktiviti yang mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori