Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Fouziah Gous Tolong Mangsa...

KENALKAH anda wanita berambut panjang yang sedang membersihkan lumpur dalam gambar di atas?Siapa lagi...

Guna Media Sosial Kesan...

SYDNEY - Inilah sebabnya kenapa ajaran Islam amat mengharamkan hubungan seks sebelum berkahwin,...

Pemain Bergaji Mewah Tapi...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan...

Kes Bunuh Segambut: Bayi...

MENGEJUTKAN apabila dua abang kepada adik beradik yang ditemui mati bersama bapa mereka...

Teliti Pendedahan Prosiding Elak Individu Diaibkan

IPOH – Mahkamah Syariah perlu meneliti dan menghalusi tahap pendedahan prosiding sesuatu kes yang boleh dipaparkan kepada umum supaya selari dengan tuntutan Islam yang melarang seseorang diaibkan di khalayak ramai.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah aspek menjaga maruah untuk tidak mengaibkan nama seseorang amat ditegaskan di dalam Islam dan ia sebahagian daripada komponen keadilan.

“Prosiding di Mahkamah Syariah terutama berkaitan isu-isu keluarga dan peribadi hendaklah memastikan bahawa nama baik anggota keluarga, ibu bapa dan anak-anak terjamin dilindungi daripada disensasikan.

Nilai-nilai murni yang mengutamakan hikmah, bijaksana, sopan dan tertib yang dianjurkan oleh Islam hendaklah sentiasa dicerminkan di dalam tindak tanduk yang dilakukan atas nama Islam,” titah baginda.

Sultan Nazrin beritah demikian pada majlis penganugerahan watikah lantikan kepada 22 Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk); sembilan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan 10 Hakim-hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak di sini, hari ini.

Sultan Nazrin juga bertitah nilai harta dan kekayaan umat Islam di negara ini berada di tahap lebih rendah berbanding harta milik bukan Islam.

“Keadaan lebih merisaukan, apabila Beta disembah maklum, dianggarkan RM60 bilion nilai aset umat Islam bersifat tidak produktif, berada di dalam akaun bank dan insurans yang tidak dituntut selain aset yang beku disebabkan masalah faraid setelah berlakunya kematian pemilik aset,” titah baginda.


Sehubungan itu, baginda bertitah agar MAIPk menggerakkan langkah aktif bagi menyelesaikan masalah tersebut seterusnya mengelakkan ia daripada terus membesar.

“MAIPK bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK), masjid, surau, agensi kerajaan dan swasta serta media hendaklah menganjurkan secara besar-besaran program mendidik umat Islam melakukan hibah di seluruh negeri,” titah Sultan Nazrin.

Baginda turut bertitah supaya kaedah kutipan zakat yang lebih mesra pelanggan dapat dirintis selain memastikan keberkesanan agihan dan usaha menangani kemiskinan terus diterokai.

“Modul bantuan lebih inovatif, yang berupaya mengeluarkan golongan penerima (zakat) daripada kepompong kemiskinan wajib diperkenalkan, semoga status para penerima dapat ditransformasi daripada seorang penerima kepada seorang pembayar zakat,” titah baginda.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan menerima pembayaran cek-cek zakat perniagaan daripada beberapa individu dan agensi dengan jumlah keseluruhan RM2.68 juta selain menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman Usahasama Dana Wakaf MAIPk dengan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM). – BERNAMA

Kategori