Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Adi Putra Terkejut Jumpa...

PELAKON kacak, Adi Putra meluahkan perasaan terkejutnya selepas berjumpa secara tidak sengaja dengan...

Wow! Jam Pintar Apple...

SYARIKAT paling bernilai di dunia, Apple telah pun menjadualkan sebuah acara khas pada 9 Mac...

Bank Perlu Kemas Kini...

KUALA LUMPUR - Institusi kewangan perlu mengambil inisiatif untuk sentiasa memperkemas sistem pengkomputeran...

Tragedi Tahfiz: Semua 23...

KUALA LUMPUR - Identiti kesemua 23 mangsa tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul...

Tekong Gagal Rasuah Pegawai Pemerintah Kapal APMM

KEMAMAN – Cubaan seorang tekong bot Vietnam memberi rasuah kepada pegawai pemerintah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akhirnya memakan diri apabila dia ditangkap atas perbuatan itu, Sabtu lepas.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata tekong itu cuba menyerahkan RM10,000 bagi melepaskan diri ekoran menceroboh perairan Kemaman.

“Tekong itu salah seorang daripada empat tekong daripada empat bot yang ditahan dari 7.50 pagi hingga 10.10 pagi pada jarak berbeza, antara 102 dan 119 batu nautika dari Kuala Kemaman ketika menangkap ikan di perairan Malaysia.

“Hasil pemeriksaan mendapati empat tekong bersama 34 awak-awak berumur lingkungan 16 hingga 63 tahun didapati gagal mengemukakan sebarang pengenalan diri sah dan permit menangkap ikan sah daripada Jabatan Perikanan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata pihaknya turut merampas 500 kilogram ikan, 28,000 liter minyak diesel daripada empat bot berkenaan serta peralatan menangkap ikan dan bot yang dianggarkan bernilai RM4.5 juta.


Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63, katanya.

Beliau berkata empat bot berkenaan serta awak-awak yang ditahan dibawa ke jeti pangkalan Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

Kategori