Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Ops Yaman 2: PH...

BIDAS... Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien melahirkan rasa kecewa dan...

Pekerja Binaan Maut Ditimpa...

GEORGETOWN - Seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut selepas ditimpa runtuhan dinding konkrit...

Terpulang Kepada Pengurusan KFA...

ALOR SETAR - Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah...

Malaysia Tuan Rumah WESG...

PETALING JAYA - Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan Elektronik Dunia (WESG) Asia...

Tekong Bot Warga Vietnam Tawar Rasuah Didakwa

KUANTAN – Seorang tekong bot warga Vietnam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menawarkan suapan berjumlah RM20,000 kepada seorang ejen kerajaan Malaysia, pada 3 Mei lepas.

Tertuduh Lam Ngoan, 42, hanya memandang sekeliling sebaik sahaja pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali, tiada pengakuan direkodkan.

Tertuduh didakwa menawarkan suapan itu kepada Leftenan Komander Maritim Mahadi Ismail, beralamat di Kampung Mak Chili Paya, Chukai, Terengganu, anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia DM8 Kuantan, Pahang di lokasi berkedudukan lebih kurang 100 batu nautika dari Kuantan di Perairan Negeri Pahang, pada kira-kira 9.50 pagi.

Ngoan menawarkan suapan itu sebagai dorongan untuk tidak melakukan perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipalnya iaitu tidak mengambil tindakan menahannya.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry memohon tarikh sebutan memandangkan tertuduh tidak faham Bahasa Malaysia.

Dazuki kemudian menetapkan tarikh 26 Jun depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori